she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Hai.
12 June 2014 | 0 comments
aku tau ayat ni dah cliche sangat kan. tapi apa salahnya berkongsi ye dak?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhwamaghfiratuhwaridhwan :) heheh terpengaruh dengan Najia lah ni dia bagi surat masa beday hari tuh dia bagi salam MACAM TU yang panjang-panjang tu. Aduyai budak hiwar lah katakan. Dia dapat sampai peringkat nogori tuu uish daebak daebak. Aku pun tak pass tau. Anyway tahniah Jia aku bangga dengan kau.

Hai, blog aku sorang ni. Eh. Sorang ke. Blog ni dah habih dah aku bagi debu aku taruk habuk aku calit hingus segala aku tampal sarang tebuan kala jengking lebah labah-labah hah hambek kau semua nak hiperbola sangat. Ini menandakan bahawasanya blog aku memang dah tak de orang yang jaga. Memang dasar tuan tak reti jaga blog. Heheh. Ada je kadang-kadang aku bukak blog ni tapi macam biasalah kan hmm yelah kaaaaaaan................................................... mim alif lam sin. Hangpa sume reti jawi kan hah maka ejalah mim alif lam sin yang aku taruk tuh. Dah lama kan tak sekolah. Sekali sekala merajinkan diri tak salah kot. Tinggal dua hari je weh duduk kat rumah pusaka nih. Hahah pusaka lah sangat. Nanti naik sekolah dah PBS balik. Dah nak PT3 balik. Dah tak de cerita Korea lagi. Running man semua hanyalah kenangan di rumah. Itupun tak sempat tenguk. Haduii. Apapun yang penting naik sekolah nanti mimpi paling ngeri ialah result exam. Sape kata budak PT3 tak exam hah hah. Habih la kami. Habih la. Kena pelakung dengan Teacher Zu, Cikgu Azira semua. Aiseh aiseh seram ni. Teacher Zu dah siap bagi reminder peringatkan kitorang siap sedia dengan result exam. Bila dah nak naik sekolah ni lah baru teringat hari tu sebelum cuti ada exam. Hahah tu lah cuti lama sangat kan. Kerja sekolah pun tak banyak macam selalu kan. Best sungguh tapi rasa dia sama je. Ada kerja sekolah ke tak de kerja sekolah dua kali lima je.

Duduk rumah ni hidupnya sumpah macam budak universiti. Tak de assignment. Hahah melampau sungguh. Ingat lagi, hari tu, asrama tak de air. Entah tiba-tiba air dipotong. Mula-mula tu serius weh macam nak mati je hidup tak de air kat sekolah. Nak basuh tangan lepas makan tak de air, nak ambik wudhu’ pun tak de air. Nasib je lah time tu bangunan baru still ada air time nak solat zohor. Pastu bila 600 orang kumpul kat situ laki belah sana pompuan belah lagi satu, macam tak habis pulak kan air tu dibuat kitorang. Mestilah ada yang nak membuang, membersih-bersihkan anggota badan ye dak? Pastu akhirnya petang tu lepas sekolah Cikgu Rohani buat announcement, “Semua pelajar dikehendaki pergi ke dewan sekarang,”. Ya Allah suuuuuumpah dah macam apa dah masa tu. Aku dengan kawan-kawan aku semua dah expect dah mesti Pengetua nak bagi kebenaran balik ni. Tak kisahlah perhimpunan petang-petang pun, asalkan ada kebenaran balik itu sudah cukup MEMBAHAGIAKAN buat kitorang. Last-last Pengetua pun bagi kebenaran balik. Oh Pengetua sayang betul kitorang dengan Pengetua. Dah la homework tak banyak, cuti 6 hari. Tak kisahlah walau cuti berganti sekalipun..... yang penting kitorang baaaaaaaaaaaaaaalik. Oh hai rumah terkejut tak aku balikkkkk.

Tapi tu dulu. Masa bulan Febuari dulu. Sekarang ni bulan Jun dah. Lusa pulak dah balik asrama.

Aku berharap sangat kalau perkara macam tu terjadi sekali lagi tapi tanpa sebab lah. Bukan takat tak de air je boleh balik mengejut. Haha mengharap tinggi betul. Ke laut weh ke laut #Cikgu Mohd Salleh in Oh My English. Sekarang ni aku kena hadapi realiti. Aku bukan lagi di alam fantasi mimpi duniawi. Aku kini berpijak di bumi nyata tanpa perlu tanya di mana pasakku berdiri. Kan dah keluar ayat bunga-bunga geli mak. Aku tak pernah cerita pasal hidup aku dalam form three ni kan. Haaaa dah dapat idea dah ni ting ting ting. Hidup form three tak lah seindah mana. Toleh kiri kanan masalah ada juga. Exam tetap ada walau kami budak PT Tiga yang formatnya entah macam mana. Macam mana lah nak duduk kat dewan besaq gedabaq tu tanpa tahu format dari sekarang. Lagi bape hari je kooooot nak exam. Tapi seriously hidup form three tahun ni memang tak sama macam masa form two dengan form one dulu. Adalah yang dah boleh pikir dengan baik sikit. Ada yang dah boleh pimpin manusia. Ada yang dah boleh diharapkan. Hidup ni tak lah sesusah mana kalau kita berusaha, ye dak?

Pengetua dah pesan awal-awal tak dapat A untuk mata pelajaran tu tu tu tu tu, out. Kena tendang. Tapi aku pun tak tahu lagilah aku stay lagi kat sini ke tidak. Biarlah masa dan result yang menentukan. Budak batch aku ramai je yang mengidam nak pindah. Dah tu yang tak nak pindah tu nak ambik aliran LK lah, akaun lah. Pastu yang nak ambik Sains dah macam sepuloh sebelas orang je. Yelah budak-budak tengah membesar. Nak pilih aliran hidup, nak cari identiti diri yang sebenar kan. Aku pun sama je. Kita serupa hahah ayat kemain geli mat. Apapun, pilihan aku memang Sains je lah........ kot. Itupun mak aku tak percaya yang aku nak ambik Sains. Aduyai takkan nak ambik Akaun. Tak suka lah digit-digit tu. Aku tak paham. Aku lagi suka fakta..... walaupun susah nak hafal heheh. Benda ni bukan benda main-main sebab benda ni yang menentukan hala tuju kehidupan kau. Kalau niat kita main-main, memang benda tu akan jadi main-main. Ini Ustaz Zaki yang cakap masa tazkirah satu hari tu. Jadi, pilihan terbaik ialah doa kat Allah. Dia dah setkan yang terbaik untuk aku, kau, kau, kau dan kita semua. Maybe firasat kata ambik Sains senang, tapi mana tahu tiba-tiba tak boleh masuk, tak makan kan. Nanti kena repeat ke kena tendang ke ape ke dah susahkan orang. Susahkan mak bapak. Susahkan cikgu nak uruskan. Senang citer, mintak awal-awal dari Allah. Biar Dia yang tunjukkan jalan. Ihdinassiratalmustaqim, ye dak?

Hai. Banyak pulak nak dibebelkan malam-malam ni. Sedih bila hidup kena buat banyak pilihan ni. Kalau tak buat, bukan hiduplah namanya kan? Sedangkan nanti kalau nak kahwin, kita yang kena pilih nak dia ke dia. Hidup ni memang banyak pilihan kan. Kita je yang kena reti pilih. Aduh dah keluaq dah falsafah tak berasas aku ni hehe sorry. Sekarang ni aku dah nampak ramai budak-budak belasan tahun yang lagi muda dari aku dah start terbit buku. Chait tak leh jadi ni. Mesti duit dia dapat banyak nih. Aku, bila entah nak start. Tahu merapu je. Balik balik makan, balik balik tidur, balik balik online laptop. Dah tu kerja sekolah bukan main banyak lagi menggunung elak dibakar je hahah. Okelah aku dah tak boleh sambung menaip ni. Kang ada benda-benda pelik dan aneh yang keluar nanti. Haru pulak. Bye bye. Assalamualaikum :)

#betullah. Hidup ni memang banyak pilihan. Live well or live hell, the choices are in our hands and hearts. 

FUTURE
PAST