she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Ini cerita pasal kita.
15 December 2013 | 0 comments
Assalamualaikum.
Ini cerita pasal Amir.



Hai. Nama aku Amir. Aku sekolah agama. Sekarang ni cuti sekolah akhir tahun. Best betul duduk rumah tak de apa benda pun nak kena buat. Tidur, makan, tengok TV, main bola. Kalau dulu punya cuti, tak rasa langsung macam ni. Confirm ada banyak kerja sekolah berlambak-lambak.

Tapi, biasalah, walaupun aku sekolah agama, aku ni jenis yang solat tu solatlah jugak, tapi tak de lah lepas azan tu terus bangun ambil wudhu' dan angkat takbir. Tak de lah sebaik tu. Tak de orang tegur. Aku pun rasa biasa-biasa je. Alah yang penting aku solat kan. Mak dengan ayah aku pun biasa-biasa je. Diorang pun kerja pagi balik petang. Jadi solat aku ni macam tak diawasi sangat. Tapi aku masih tahu hukum tinggalkan solat dosa besar. Aku pun masih dengan tabiat aku yang solat tidak pada awal waktu sampai lah sekarang. Dan aku pun teruskan hidup. Tidur, makan, tengok TV dan main bola. Macam biasa.

Satu hari tu jam dah pukul 6.30 petang. Aku dah terbiasa kat asrama makan sebelum maghrib. Jadi waktu tu aku tengah makan malam dekat ruang tamu. Mak dengan ayah aku ada. Diorang balik awal hari ni. Aku tengah khusyuk makan. Tiba-tiba aku dengar mak aku cakap kat ayah aku macam ni,

"Anak Nisa' tu dah besar. Sekolah menengah dah. Lelaki lagi. Tak tahu lah sekolah mana. Tapi kan kagum betul. Dia solat betul-betul lepas azan. Dia selalu solat awal waktu. Tak payah suruh pun. Terus bangun sendiri. Kan selalu anak lelaki kan liat sikit nak diajar kan. Kagum betul."

"Anak dia tu pun kalau makan selalu licin. Tak membazir. Bagusnya Nisa' ada anak macam dia."

Sumpah aku terpempan. Alah tak payah nak terpempan sangat. Dalam kata lain, aku sentap. Mak ni tengah perli aku ke? Aduyai malunya. Dah lah aku ni sekolah agama. Kiranya aku ni merupakan salah satu penyampai dakwah secara perbuatan lah kepada orang. Kepada adik-adik aku kat rumah. Tak guna jugak kalau aku solat awal dekat surau sekolah sebab nak kejar imam pertama dan tak nak masbuk. Tapi kat rumah macam tak de apa-apa. Kadang-kadang tunggu dah nak habis masa baru terkedek-kedek nak naik atas ambil wudhu' dan sembahyang. Memang lah orang cakap title sekolah tu tak penting, tapi aku ni Islam. Kenalah jadi orang yang betul-betul Islam. Lagipun, kalau solat awal waktu nanti dah tak payah fikir lagi boleh terus buat apa-apa kerja.

Aku terfikir jugak, kalau mak bangga dengan anak orang lain yang solat awal, agak-agak mak bangga tak kalau anak dia sendiri yang solat awal? Kalau banggakan mak ayah dapat pahala dapat redha Allah senang masuk syurga. Sekurang-kurangnya tu dah jadi satu modal nak senang masuk syurga. Bukannya susah sangat pun solat awal. Aku je yang kena reti pilih sama ada nak terus duduk tengok menghadap TV ke nak bangun jawab panggilan azan tu. Choices are ours.

Ok lah mak. Amir naik atas dulu nak mandi. Pastu nak solat maghrib dengan isyak awal. Insya Allah Amir akan banggakan mak dengan ayah.

ps// copypaste. bye assalamualaikum nice to meet you hoho

FUTURE
PAST