she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


SCHOOL NOT-SO-ON HOLIDAY
08 June 2013 | 0 comments

Abandon by Meg Cabot
"... and death wants her back."

Assalamualaikumwarahmatullah :D Hai tiba-tiba rasa enthusiastic nak post pasal school tak berapa nak holiday ni sangat hummmpphh. Cuti sekolah ni aku tak buat apa-apa pun. Masa first week tu memang wallahi malas gila nak siapkan homework. Siap memang siap tapi memang tak sah kalau tak de kelopongan tu kan eheh. Masa minggu pertama tu aku pergi rombongan Langkawi pasal lawatan pengawas. Memang awesome gila ^^ yah first time pergi lawatan sejak dekat SMKAJB ni. Pergi 4 hari 4 malam. Bertolak malam Isnin. Sejuk gila dalam bas. Dah lah duduk second belakang sekali. Belakang sekali tu pulak tak de orang cam HAHA TIDUR JE LAH. Dah lah sakit perut. Nak tidur macam ergh tenat. But everything was just nice ^^

Sampai Perlis pergi Padang Besar and then naik feri. Boleh pulak tu time naik feri dia punya ombak kemain lagi. Aku dengan Kuchik SABAR SABAR. Aina pulak ELIN OKAY? Best memang best dapat tengok gelagat orang kan. Tapi kalau sakit memang tak rasa best. Sampailah makan malam tu, makan lala masak lemak sedap kot tapi aku tak terdaya nak makan sakit perut. Dengan budak-budak form two bergila dekat meja tu. Aina, Ili, Syamim, Kuchik dan aku sama je semua haha dua kali lima ah kepala :D well friends never be separated by anything.

Masuk apartment, it was not bad. Ada swimming pool tapi kitorang tak mandi ah. Hari ketiga tu best gila. Pergi Kilim Geoforest Park, naik bot, lepastu pergi Makam Mahsuri. Aha yang aku teringat time pergi Makam Mahsuri kan ada Telaga Mahsuri. Kononnya lah air daripada telaga tu boleh buatkan seseorang nampak 5 tahun lebih muda. Kitorang sapu lah air kat muka. Tiba-tiba akak tourist guide tu cakap NAWAITU EH NAWAITU haha. Lepastu, kitorang pergi Cable Car. Aku, Ili dengan Aina naik dengan Kak Nani, Kak Wan and Kak Wani. Best walau hakikatnya aku dah pernah naik tahun lepas. And the last pergi Dataran Lang. Waktu tu dah pukul 7 tapi langit masih belum merah. Malam tu pulak Cikgu Hazrol drove van bawak kitorang pergi pasar malam :D Hari keempat ingatkan singgah ICT ke apa ke, tapi tak sempat sebab Kak Iklil kata kalau lagi lama, lagi banyak kena charge. Okey tak pe. And the journey ends on 2 am. 

Itu baru Langkawi. Masuk minggu kedua kerja sekolah aku buat. Ye ah banyak kot. My pet lah, Model geog lah, buku skrap lah, karangan lah, Rumpelstiltskin lah, seni lah, doraemon lah, rama-rama segala semua keluar. Aku baca novel kat atas tu walau ada perkataan yang aku tak paham. Banyak kot. Tapi jalan cerita dia aku dapat tangkap. Cuti ni aku rasa TV tiba-tiba ada banyak cerita best *ceh hakikatnya tengok Oh My English je* dan aku kacau adik aku, itu perkara nombor satu :D

Aku pun ada bela ikan for My Pet projek. Bela lima, seekor mati tiga hari lepastu, dan sekarang tinggal empat. Aku memang tak biasa dengan haiwan-haiwan ni segala tapi tak de lah geli EIIII KUCING macam adik aku. Assalamualaikum.


Chocolates. 

Langkawi Cable Car.

Ikan for My Pet projek.

Dataran Lang.

The baby face stone at Kilim Geoforest Park.

FUTURE
PAST