she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Berubah.
13 April 2013 | 0 comments
Assalamualaikumwarahmatullah. Hari tu, sebelum pergi latihan kawad, aku masuk kelas aku. Kelas aku dekat je dengan tempat kitorang berlatih kawad. Aku pergi dekat meja kawan aku. Atas meja tu ada sekeping gambar. Aku terbalikkan gambar tu. Ada beberapa potong ayat,

Korang, aku nak berubah. Aku memang dari dulu lagi nak berubah. Tapi bila aku try nak berubah, tak ada orang yang nak support aku. Macam, bila aku nak buat benda-benda baik, ada je yang selit dan bagi benda-benda yang membuatkan aku lebih tertarik untuk buat benda tu. Contohnya, bila aku nak baca Al-Quran, ada je yang bukak cerita pasal lelaki. Gosip. Aku pun tertarik. See. Tak ada orang yang nak support aku. Ya Allah, tolong aku. Korang, doakan aku boleh berubah ea. Amin.

Aku terkedu. Aku tak tahu langsung bahawa kawan aku yang segonjeng ini, yang sesarkastik ini ada keinginan untuk berubah. Ada rasa nak jadi baik. Bila dah duduk di bawah satu bumbung dan dikelilingi orang-orang baik, kita memang akan rasa BESTNYA JADI BAIK. AKU PUN NAK JADI BAIK LAH. Aku pun ada keinginan macam tu. Kawan aku yang ni memang gila-gila orangnya. Jarang sangat nampak dia sedih. But, segila-gila dia pun, dia ada rasa nak berubah. 
Masa first time aku masuk SMKAJB, aku anggap budak-budak yang pakai handsock tu budak-budak yang memang alim gila lah. Tu je mindset aku. Tapi bila dah lama duduk kat SMKAJB, aku dapat rasakan, tak semestinya pakai handsock tu baik. Dan, tak semestinya budak-budak yang pakai tudung tu baik. Tapi budak-budak yang baik memang pakai tudung. Super-susah nak jadi baik. Kalau nak semua benda yang kita buat tu mudah, memang mudah. Contohnya, 
budak tak berapa nak baik : tak payah pakai stokin pergi jalan. ye lah, sekadar kaki, buat apa nak tutup segala, right? 

budak baik : eh tak boleh kalau tak pakai stokin. kaki kan aurat although korang rasa lelaki tak pandang pun kaki tu. cadbury yang masih berbungkus lagi ramai yang nak makan rather than cadbury yang dah terbukak.

Nampak permainannya kat sini? Kalau hidayah dah sampai depan pintu hati, kenapa tak jemput masuk? Tarik hidayah masuk dalam hati, biar dia duduk dalam hati kita, forever. Jangan bagi dia keluar.
Tapi kan awak. Susah. Banyak pengaruh datang kiri kanan. Yeah, for sure, kalau nak jadi baik lagi banyaaaaaaaaaaak ujian yang datang. Tertimpa-timpa atas badan. Macam kena hempap. Sebab kalau kita nak berubah, kita ada rasa nak berubah, thanks to Allah sebab dah hantar hidayah dekat kita. Itu tanda redha Allah. Ingat tak, semakin banyak ujian yang datang, semakin Allah sayang kat kita. Walau hakikatnya ramai manusia lupa benda tu. Balik-balik merungut. Balik-balik merungut. Just, try, istiqamah, in the way to Jannah. Memang susah jadi baik sebab memang susah nak capai syurga.

Kalau nak berubah, kita tak boleh swoop sekali gus. Dia kena slow-slow. Kalau nak dapat pahala lebih, ajak kawan-kawan sekali. Sekurang-kurangnya kita dapat dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Kalau kita berkawan dengan orang yang baik-baik, kita dapat pahala lagi. See. Betapa luasnya kasih sayang Allah. Allah dah hantar sedikit kasih sayang kepada semua makhluk dekat dunia ni. Itu baru sedikit. Dekat tangan Allah ada banyaaaaaaaaaaak lagi kasih sayang Dia. Dia boleh je nak bagi kasih sayang Dia tu dekat sesiapa sahaja yang kekal istiqamah dengan Dia. Tak rasa rugi ke? Sebelum kita semua melangkah ke Padang Mahsyar, jom, kita usaha untuk rasai dan nikmati kasih sayang Sang Pencipta Kasih Sayang. Jom. Try istiqamah untuk berubah. Walau susah.

Kuatkan iman. Jangan jatuh. Jangan terhumban kerana kebodohan diri sendiri. Kalau dah jadi jahat, memang susah nak patah balik. Biar kita kekal forever till Jannah, jadi budak baik.

ps: Pray to Allah. Jangan putus asa.

FUTURE
PAST