she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Wudhu', something hiding behind it.
24 December 2012 | 2 comments
Assalamualaikumwarahmatullah :-) Sejak dua menjak ni asyik buat tutorial je kan. Buhsang pulak muahaha. Nak share something about wudhu' jap kat sini. Kalau tak mau baca bolehlah terjun kolam. Best gak wkwkwk. Credits: Sis Aisyah.

---
Nadya membuka kain telekung lalu dimasukkannya ke dalam beg setelah selesai melaksanakan solat Asar berjemaah di Masjud Bukhari, Alor Setar. Syiffa yang menemaninya pula sedang bersila di suatu sudut, sibuk membetulkan letak tudung labuh krimnya di hadapan cermin.

"Dah siap dah?" Tanya Syiffa apabila terpandang refleksi Nadya pada cermin yang sedang ditatapnya.

"Dah, tapi kau tunggu jap eh. Be back in a heartbeat,"
Nadya menoleh melihat sahabatnya, hairan.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku nak pergi ambil wudhu' jap." Ringkas Nadya balas sambil berjalan ke arah pintu masjid.

"Eh Yaya!"

Belum Syiffa meneruskan kata, Nadya sudahpun berlari-lari anak keluar dari pintu masjid lalu menuruni tangga.
"Mana lah ada orang buat solat sunat lepas Asar. Buat apa lah dia ambil wudhu'." Syiffa bercakap seorang diri lalu disarungkan handsock di lengannya.

---
Usai berwudhu', Nadya kembali ke ruang solat Muslimat. Kelihatan Syiffa sedang duduk bersila di saf ketiga, menghadap kiblat sambil membaca sesuatu.

"Hajjah baca apa tu," Nadya mencuit lembut pinggang Syiffa membuatkannya terlopong seketika.

"Oh mak hang balik haji! Eii, kau ni Yaya. Aku ni bukan Facebook untuk kau poke-poke bagai! Nak poke pun greeting lah dulu, bagi salam ke."

Ketawa.

"Mak siapa balik haji weh. Mak kau yang pergi haji tahun ni." Balas Nadya tersengih.

"Come on now, we gotta get going." Sambung Nadya. Nadya bangun lalu dihulurkan tangannya kepada Syiffa yang masih bersila.

"Hold on, aku nak tanya kau sesuatu." Kata Syiffa.

"I'll answer later, leggo."

"I won't go until you answer me, ostajah!" Syiffa mengukir sengih cheeky, tidak dicapainya tangan Nadya.

"Yes, your majesty. Benda apa yang cannot wait sangat ni?"

"Eh duduk lah kejap."

"Demand betul lah future philosopher seorang ni." Balas Nadya lalu terus duduk bersimpuh di sisi Syiffa. "Apa?"

"Aku nak tanya kau..." Mula Syiffa. "Apsal kau ambil wudhu' eh tadi? Kita kan baru Asar. Solat sunat pula kan haram waktu sekarang ni. Nak kata ibadat-ibadat lain, kita kan nak hurry pergi bus station Shahab Perdana sekarang. So, asal kau ambil wudhu'?"

"Itu je kau nak tanya?" Nadya menepuk dahinya dan memandang ke atas.

"I'm a future philosopher. Not a second will pass without me being curious. Cepatlah jawab."

"Aku saja je testing pili air kat Aloq Setaq ni."

"Tak lawak langsunglah Yaya."

"Ok, sebab aku dah batal wudhu' tadi."

"Jadi kau nak spare untuk Maghrib lah?"

"Eh tak lah, aku nak spare untuk Subuh esok. Ish kau ni, mesti lah tak."

"Habis tu?"

"Banyak tanya la kau ni Syiffosaurus."

"Soalan aku yang pertama pun kau tak jawab lagi Nadyopotamus."

"Since when wudhu' itu untuk solat saja? Kan Rasulullah galakkan kita sentiasa dalam keadaan wudhu'."

"Enlighten me madamoiselle."

"Besar hikmahnya berada dalam keadaan wudhu'. Kita lebih mudah untuk mendirikan solat sunat, lebih mudah untuk membaca dan memegang al-Quran dan seterusnya lebih mudah untuk kita ingat Allah SWT. Also realizing yang kita ada wudhu', kita akan lebih memelihara diri kita daripada melakukan dosa-dosa. Kita juga akan sentiasa memelihara diri kita dan pakaian kita dari terkena najis."

"Pergaulan kita sesama yang bukan mahram pun akan terpelihara. Hatta, ikhtilat dapat dijauhkan. Kita juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan kita sebab kalau kita makan benda yang haram, pun boleh batal wudhu'."

"I see. Tapi kan, isn't quite hard for us muslimah untuk sentiasa memperbaharui wudhu'?"

"Maksud kau?"

"I mean, kau tahulah, kita ni dengan stokinnya, dengan tudungnya, anak tudungnya, sepupu cucu cicit tudung, pin itu, pin ini. Blergh. Susah la geng."

Nadya tersenyum.

"Tapi kalau kau fikirkan balik kelebihan wudhu' yang aku story tadi, itu cuma ... excuse kita saja kan?"

Syiffa tidak membalas.

"Sebenarnya kan, ada satu lagi sebab kenapa aku mahu sentiasa dalam wudhu'."

"Why?"

"Death."

"Death, wudhu', apa kaitan? Yang aku tahu bila kita mati orang wudhu'kan kita."

"Aku nak mati dalam keadaan wudhu'. Aku tak tahu waktu aku mati nanti, aku dah bersih dari dosa atau masih bercela sana sini. Tapi kalaupun aku mati kotor berdosa, Nauzubillah, at least aku mati bersih berwudhu'. Wudhu' reminds me of death."

"Perfect. I got your point now. Ok jom lah, dah lambat." Syiffa bangun.

"Eh Puteri Gunung Ledang, kau pulak yang kalut. Tadi kemain nak interview aku lah apa."

Syiffa tak membalas. Langkahnya laju menuju ke pintu masjid.

"Syiffaaaaaaaaaaaaaargh!"

"Kau bawa turun barang aku, aku tunggu kau kat bawah, aku nak ambil wudhu' jap. Japgi kang lambat." Balas Syiffa dari jauh.

Nadya tersenyum. Alhamdulillah, hatinya membisik.

------------------------------------------------


FUTURE
PAST