she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Form one.
31 December 2012 | 0 comments
Assalamualaikumwarahmatullah :-) Since tadi aku bukak Dashboard and majoriti post pasal 31 Disember 2012. The last day of 2012. Bagi aku itu tak penting, tapi yang penting adalah esok aku dah kena balik asrama lewls. Jadi start tomorrow my daily routine will be all over again. May Allah blessed us. Amin.

Jadi dengan itu, aku nak cerita sikit pasal dua kosong satu dua ni. Aku pun nak buat jugak, haha lewls. Sokey, em, tahun ni, aku masuk asrama. Yeah, the first time masuk asrama. Aku bekas ahli dorm Mariatul Qibtiah. Aku bekas pelajar 1 Abu Bakar yang happening gila. Aku ingat lagi time orientasi pelajar form one dekat dewan. Lewls, time tu aku rindu gila. Malam-malam orang pergi prep, kita pergi dewan ye dak? Pastu ada fivers yang buat lawak, ada budak hilang, ada main pijak-pijak kertas. Tahun depan dan tahun-tahun akan datang mana ada dah semua tu. Benda tu the first and the last in the whole life. Tapi tak tahu lah kalau masuk universiti nanti ada minggu orientasi jugak kan? Hihi, lagi, start tahun ni lah, aku kenal apa itu sel, apa itu Algebra, apa itu jisim, ketumpatan and so more. Kitorang belajar Bahasa Melayu, bukan English lagi dah dalam Science dengan Mathematics. Masa first time belajar Math dengan Science dalam BM ni, rasa complicated gila. Sebab dari darjah 1 belajar Science dengan Math guna English, so bila guna BM rasa weirdo gila. Tapi bila dah lama-lama tu, Alhamdulillah, dah biasa :-)

Tahun ni aku dapat tahu apa maksud warden, apa maksud dorm, apa maksud homesick and the most important thing, aku dapat tahu the real meaning of 'stand on your own two feet'. Lots and lots, aku belajar berdikari. Selama ni, kat rumah, basuh pun pakai mesin basuh. Masuk baju, letak sabun, pastu tekan button, dia dah gerak sendiri. As easy as a piece of cake :) Tapi kat asrama tak de lah 'piece of cake' macam tu kan. Everything need to be done by ourselves. Aku ingat lagi time Nazrey Johani datang sekolah. Time tu aku memang ngantuk, dan aku tak ingat apa yang Nazrey Johani cakap, pastu bila beliau start nyanyi je baru aku segar lewls. By the way, Nazrey Johani is one of the Raihan's member. One more thing yang paling aku tak boleh lupa, ada orang dari Palestin datang sekolah ^.^ Muka dia ohmai suci sangat. Beliau datang time Ramadhan pulak tu. Beliau jadi Imam solat Terawih. Memang rasa awesome wuuu.

Aku ingat lagi the moment bila balik CPA *Cuti Pelajar Asrama*. Masa sampai kat kelas, tiba-tiba tak de lampu. Dah la kelas kitorang was the only class at that block. Last-last, belajar kat surau lah. Tak pun kat library. Sebab tu kelas kitorang ni special sikit wkwkwk. Aku ingat lagi the moment di mana malam tu semua form three naik aras form one pastu minta maaf sebab nak PMR. Time tu aku ada terfikir, macam ni kut rasanya kalau duduk asrama, ukhuwah paling penting :) Aku ingat lagi time bulan puasa, aku dengan Emy dengan Irdeena bangun awal-awal, siap-siap sikit-sikit, turun dari dorm, merajinkan kaki tangan kepala lutut dan mulut untuk jalan pergi Dewan Makan. Time tu Dewan Makan terasa macam 6 KM jauhnya padahal sebelah je pun dengan aspuri -.- Kalau dah malas, semua memang ah tak jadi kan kan.

Aku ingat lagi the moment time Larian Al-Falah. Merentas desa. 7 KM kitorang kena lari. Bila sampai dekat tong air, air dah habis. Waktu tu rasa asdfghjkl betul-betul la -.- Dah la orang penat lari, pastu bila sampai dekat tong air, air habis pulak. Betul-betul asdfghjkl. Tapi last-last tak menang pun. Bajet kuat lari je tu, hawhaw, well, aku memang bukan atlet dari sekolah rendah. Lari tak de lah selaju kelajuan cahaya, dan tak de lah selembab siput sedut masuk laut kan. Average je *tak nak mengaku lari lambat la tu*

Then, one of the moment yang aku ingat time program Huffaz. Part ni memang semangat gila la nak cerita. Habis solat Subuh je, although yang period pun kena turun masuk surau hafal surah *yang period tu duduk kat luar la* Bila Ustaz tu datang nak pilih pelajar yang kena pergi depan baca surah hafazan secara random, semua terus pergi belakang, termasuk aku. Haha, betapa asdfghjkl-nya perangai itu. Tapi sepanjang 2012 ni aku memang tak pernah kena pergi baca kat depan Ustaz tu lah. Terima kasih Ustaz :D Pernah pun sekali je, itu pun Ustaz tu tanya, "Awak dah hafal surah apa?" Aku pun dengan duduk bersimpuh control ayu lah konon jawab, "Surah Yassin, As-Sajdah dengan Al-Mulk, Ustaz," Dalam hati cakap, 'Wahai Ustaz janganlah tanya saya apa-apa soalan lagi.' Dan akhirnya Ustaz tu cakap esok baru dia nak tasmik aku. Yehuuuuuu gerenti esoknya Ustaz tak ingat kan. Dan tanggapan aku betul. Yehuuuuuuuuuuu buat kali kedua. Senyum lebar-lebar.

Aku ingat lagi time aku dengan Hasanah 'berbicara' dekat kaki lima aras 3. Memerhati purnama yang sedang galak mengambang bersama ditemani bunyi halus cengkerik yang datang dari dedaun hijau pepohon. Aku ni dah la jenis kalau tidur lambat, bangun pun lambat lah kan. Maka, aku memang tak boleh tidur lambat kecuali dekat rumah. Tidurlah pukul 3, pukul 6 jugak aku bangun. Hmm, aku ingat lagi time kitorang simbah Nurin dengan air pada 19/10/2012-20/10/2012. Dan oh yes aku ingat lagi time birthday Nazirah. Main baling-baling bedak. Balik prep orang kat kiri kanan dan cicak kat atas siling pandang pelik kat kitorang. Ada lah seorang akak ni tanya, "Ni mesti sambut birthday ni kan." Haha, akak ni ada aura kuat. Aku tak ingat akak yang mana -.-
Dan aku ingat jugak tiap-tiap hari Ahad mesti ada checking dorm. Siapa yang tak gemar checking dorm tu mari lah sepp tangan dengan saya :D Mana taknya, asyik-asyik form one jugak yang kena turun bawah. Bersihkan bilik-bilik khas kat bawah tu. Tapi dorm aku selalu dapat highest. Alhamdulillah :D Aku ingat lagi time perjumpaan PBSM. Memang majoriti tak nak pergi perjumpaan tu. I don't know why. Haha, lewls. Tapi yang penting tahun depan kena jadi lagi baik. One more thing, aku ingat lagi time NU TEK datang kelas kitorang dengan muka gangstar. Rasa macam tak boleh asdfghjkl lagi ke abang-abang NU TEK ni kan. By the way, NU TEK tu adalah 3 orang lelaki yang bertugas membersihkan kawasan sekolah. Pastu ingat lagi the moment time dapat PBS Sivik. Arahan dia suruh minta signature dari NU TEK, makcik kantin, pak guard and kerani sekolah. Yang tak boleh dilupakan tu time sama-sama pergi dekat pondok pengawal, ingatkan nak minta signature Pak Cik Malik, pak guard yang garang-lah-jugak-pada-pandangan-aku tapi tak de. Yang ade mak guard Halimah je. So, boleh lah, mak guard Halimah pun mak guard Halimah lah.

By the way, my mother dah balik. Sekarang pun dah petang. Dan kalau aku taip lagi, mesti tak cukup jari nak taip. Jadi sekarang ni dah pukul 6.18 petang, hujan, dan gerenti esok pukul 6.18 petang aku dah ada dekat kawasan asrama. Bye-bye home. I gonna miss you. Bye-bye peti sejuk. Aku akan rindu kau. Bye-bye microwave secara tiba-tiba. Em em em, ini post terakhir sebelum aku masuk asrama dan bye-bye bloggers. Bye-bye and say hello to PBS lewls. Assalamualaikumwarahmatullah :-) #Pray for our PBS and all the best for PMR and SPM candidates :) May Allah blessed us, always.


FUTURE
PAST