she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


PRANK HER.
10 December 2012 | 0 comments

Assalamualaikumwarahmatullah :) Apa function gambar kat atas tuh adalah disebabkan pengaruh adik aku yang sentiasa menggoda aku dengan menonton cerita The Amazing World of Gumball dan aku pun terpengaruh lah sekali. *best jugak kalau dilayan kepala budak-budak kecik tak cukup umur ni* So, apasal malam ni tiba tiba rajin benor nak hapdet? Entah. Act, aku nak cerita pasal beberapa bulan yang lalu. About the Penolong Ketua Tingkatan yang tak reti-reti nak mengaku dia ada lesung pipit jugak lalala. *Sorry Nurin aku kutuk kau ek kat sini. Hewhew.

Nama beliau ialah Nur Khalifah Nurin. Dia sama tinggi dengan bahu aku dan Penolong Ketua Tingkatan yang sangat bertanggungjawab. Ye, aku ngaku, dia sangat bertanggungjawab, tengoklah Ketua dia siapa :p Okey, done with the session 'masuk mesin basuh tekan sendiri'. Dia budak dorm Ummu Aiman and tahun depan dia dorm Ruqaiyah. Dia kepoh, dan lagi kepoh dari aku kot. Atau dua-dua kepoh jugak, apaper je lah. Yang penting aku tau she is a good listener :)

Birthday dia adalah pada 20 Oktober 1999 dan jatuh pada hari Sabtu pada tahun 2012. Yeah, tahu-tahu jelah kalau hari Sabtu mesti budak-budak darjah khas balik an. Aku tak ambil darjah khas, same goes to Nurin. Aku and the budak-budak-tak-balik-darjah-khas-satu-AB buat plan 'kejam' yang 'happening' untuk kenakan Nurin. Nurin memang tak tahu apebenda pun.  Hari Jumaat tu, plan kitorang memang rapi tersimpanlah. Macam kes besar je. Okey, ni yang semangat nak cerita ni ~.~

Malam tu, memang aku tak dibenarkan tidur awal oleh Hasanah sebab plan PRANK NURIN. HAHAHA *caps lock rosak* Then, kitorang kena tunggu lah sampai pukul 12 malam. Dah lah habis baca Al-Hasyr 11.15 kut, then kena tunggu about 45 minutes? Rasa macam nak je sembam muka kat bantal tu dan menikmati alangkah bestnya tidur ini. Okey, aku tak buat pun benda macam tu tapi aku pergi basuh baju untuk hilangkan ngantuk. Hewhew, rajinnya basuh baju, rajin sangat -.- Pastu,lepas aku sidai baju, dah nak dekat 12 tengah malam. Aku and siapa entah pergi dorm Ummu Aiman nak kejutkan Nurin. Alohh, dia dah menikmati alangkah bestnya tidur ini. Atas lantai pulak tu, best kut. Tapi ini yang membuatkan aku beria nak PRANK NURIN. After that, aku dengan siapa entah kejutkan Nurin. Dia terjaga dan aku kut terus ikat mata dia. HAHAHA padan muka kamu. Aku tahu dia tengah mamai. Biar dia mamai sekalipun.

And then, aku dengan siapa entah bawak dia pergi jenjalan kat London. Ceh tipu je. Jenjalan kat London tu bakal ek. Time lalu depan SR *Study Room* aras 3A, ada akak-akak form five kat situ. One of it was Kak Syahidah Ismail. Kak Syida nampak Nurin tengah dipimpin oleh kami yang baik hati dan comel lalu Kak Syida pun berkata, "Happy birthday, Nurin!" Nasib baiklah Kak Syida tak tanya apaper. Kitorang pun meneruskan perjalanan. Konon nak buat dia takut, aku cakap, 
Nurin! Ada lopak air ni, lompat cepat lompat! *pastu aku yang lompat*

 Tapi dia tak lompat. Erk, aku syok sendiri rupanya. Takpelah, lepas tu, Nurin berjalan semakin terbongkok-bongkok. Aku memang dah risau habis naa. Apasal dia jalan bongkok-bongkok ni? Tidur ke apa? HAHAHA kejam. Sampai je dekat koridor berdekatan toilet aras 3A dan 3B, kitorang bawak Nurin turun tangga. Kesian Nurin, betul-betul kena PRANK NURIN. Time turun tangga tu, Hasanah suruh dia pusing. Tapi Nurin tak pusing. Hasanah yang pusing. Nazirah pun berkata,

Hasanah! Kau suruh Nurin pusing tapi yang kau pusing sekali kenapa?

Ketawa pecah. Then, kitorang bawak Nurin naik tangga. Dan saat ini, best gila.  Satu, dua, tiga, Nurin kena simbah dengan air! Yeah, PRANK NURIN menjadi. Dah lah dia pakai baju kurung, budak perempuan Melayu terakhirlah katakan ye, pastu dia memang menggigil habis naa. Aku hanya mampu ketawa terbahak-bahak, HAHAHA. Nurin sempat berkata, "Korang... aku sejuk ni!" HAHAHA caps lock rosak. Tapi kitorang tak de lah kejam mana. Kitorang pun bagilah dia baju dan seluar putih. Aku pelik, sejak bila Nurin ada seluar putih? Aku tanya Ili, Ili pun jawab,

Itu seluar Natasha. Cari seluar Nurin tak jumpa-jumpa.

HAHAHA, macam-macam. Seterusnya, kitorang nyanyi HAPPY BIRTHDAY NURIN dalam toilet aras 3B. Memang kecoh habis. Time tu tak kisah lah siapa nak marah, asalkan kitorang happy *peace. Kesian Nurin. Tapi padan muka Nurin. PRANK NURIN MENJADI! HAHAHA. Anyway, prank-prank pun, aku bagi dia hadiah jugak. Aku tanya Nurin,

Apasal kau jalan bongkok tadi?
Aku piker korang nak terjunkan aku dari tembok tahu tak!
HAHAHA.

Nurin, Nurin.  Apaper pun, thanks for being a great PKT and a great friend. Btw, tahun depan jangan lupa bagi hadiah kat aku :p HAHAHA gurau je. Thanks for everything, dear nenek. Bawah ni aku dedicate untuk kau. Tengok cerita Gumball tak? :p

comel macam sayaaaaaaaaaaaaaaa uuu perasan.

Sekian sahaja dari saya, Assalamualaikum yaaaa. BYE BYE. Oh, btw, bila duduk hostel, aku rasa nak balik cepat. Tapi bila time sampai rumah, erk, cepatnya cuti ini berlalu. Hakikat yang perlu dilalui oleh semua pelajar dan semua manusia T.T Mari menangis bersama-sama. Ada orang merepek kat sini.

FUTURE
PAST