she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Happy Eid Mubarak ^.^
25 August 2012 | 0 comments
Assalamualaikum ^^ After all, dah berapa lama tak update ni. Since start puasa hari tu sampai hari ni raya ketujuh baru nak update. Hee, esok dah balik asrama. *hostel is waving PROUDLY * ni pun update taim malam buta, 11.49. Mata panda lah nanti.

Many things happened. Hari Sukan, jamuan dorm, exam, what more. Tapi disebabkan Hari Sukan SMKAJB tu dah terlampau lah lame berlaku, yakni sebelum Ramadhan pun, maka tak payah la buat post pasal Hari Sukan. Dah lapuk kot -.- what I excited sangat sekarang ni adalah pasal Aidilfitri hari tuh :D Let the keyboard tells you :)



Hari tu dapat cuti hari Rabu. Act, hari Khamis tapi pengetua kami baik hati :) hewhew. Dan hari Jumaat tu aku and family balik Pontian, kampung belah mak aku. Tapi tahun ni raya tak meriah sangat sebab tak ramai yang balik. Pak Uda, Mak Teh, Mak Ain sume tak balik. Tapi duit raya tetap dapat :D Jadi, disebabkan ramai yang tak balik, so Malam Raya tu tak berapa best macam tahun-tahun lepas. Kalau tak, berapa banyak mercun dah terlepas kat udara tu hasil kerja atok Rahmat :D

Time buka pun tak meriah sangat. Ape-ape pun, aku dapat rasakan SEDIKIT kenikmatan Ramadhan tahun ni rather than tahun lepas, raya pun piker pasal UPSR je -.- Tahun ni, atok kate tak payah buat ketupat banyak-banyak, bukannye ramai yang balik. Hehe, buat ketupat ke tak buat ketupat ke bukan aku yang buat. Adik aku yang buat, teruk -.- kakak tak reti, adik yang expert, peh. Adik mithali :p tapi at least aku reti la jugak anyam tu, rangka je aku buat tak betul siket. Salah anyam kot. Hewhew. *taknak mengaku tak reti buat ketupat :p* Tapi yang penting aku dapat main bunga api, yahoooo ^^v



Tapi ape yang penting, my nenek punya sambal kacang tetap ade ^.^ So, pagi raye tu, my family had a theme of turquoise. *tah betul ke tidak aku eja ni.* Lepas abah, atok n the other kaum Adam balik dari solat hari Raya, kitorang pun bersalam-salaman. Disebabkan tak ramai yang balik dan tak ramai yang ade kamera, aku lah yang menjadi photographer on that barakah day. Dan bila sampai giliran aku salam atok, nenek, abah, mama sume, tak de orang yang reti ambik gambar gune DSLR tu -.- that's why la dalam DSLR tu tak de gambar raya aku. sobsob.

Ah, tak kesah pun snanye sebab aku pun tak-berapa-nak-suke-bergambar-lah-kan -.- adik aku yang paling kecik, paling kuat nangis, paling tembam tu lah yang paling banyak posing. Konon comel lahh kan. Dapat duit raya bukannye nak salam, pusing 90 darjah and then tunduk, konon malu lahh kan. Budak kuat nangis memang macam tu, haha. Tapi tahun ni aku tak rase semangat pun nak kira duit raye. Tak macam tahun lepas, beriye kira and then lawan dengan adik sendiri sape lagi banyak duit raya. Err, dah la time tu nak UPSR, haha. Tahun ni, bile aku dapat duit raye, aku lipat jadi tiga masuk dalam kocek dan jalannnnn. Tahun ni beg raye pun beg Nikon jelahh. Hmm, mak aku kate bile kite dah besar ni tak rase sangat kenikmatan Aidilfitri tu. Lagipun,
tangan yang memberi itu lebih khair (baik) dari tangan yang menerima :)

Lepas tu kitorang satu family pegi rumah ibu nenek aku. Alhamdulillah beliau masih sihat walaupun kadang-kadang ade sikit slack kat badan dia. Sekarang ni baru rasa nikmat raya, walaupun sikit. Sebab kat rumah ibu nenek aku tu lah aku jumpa ayam, rambutan, durian, manggis, lipan, pelita, kawah n so on. Rumah nenek aku tak pasang pelita pun. Maybe sebab tak de orang yang rajin pasang minyak tanah tu kot, termasuk lah aku sebab aku tak reti :D Silap-silap ade yang termasuk minyak kelapa sawit nanti.

And then, after makan tu, bual-bual-bual-bual then balik. Dalam pukul 2 jugak lah. Plan family aku pukul 3 lebih nak gerak balik rumah then petang tu pergi KL. Esok pagi naik flight pergi Terengganu. Ayah aku kate tak larat dia nak drive jauh-jauh. And time tu jugak lah hujan turun dengan lebat. Rahmat Aidilfitri :) then petang tu kitorang pun bertolak lah ke KL. Esok pagi flight pukul 10 lebih pegi Terengganu.

Kat Terengganu tu tak banyak benda pun aku buat. Sampai hari Khamis je kitorang kat Terengganu tu. Tapi yang bestnya setiap petang berturut-turut tiga hari tu lah kitorang pegi pantai :D Dah lame kot tak balik Terengganu. Almost 2 years, hewwheww. Bile aku amati balik langit ALLAH ni, aku teringat Hilal Asyraf, penulis buku Batu-Bata Kehidupan tu :) Pegi pantai aku tak mandi pun, just duduk ambek gambar n then bila bosan main pasir cari ketam kutip siput n then buang :D




Esoknya tu aku pegi beraye rumah sedare abah. Aku pun tak kenal sape, hewhew tapi bile orang tu dah jemput pegi je la ek. Hari berikutnya, tak buat bende pun, duk rumah je pastu petang tu pegi cari keropok nak bawak balik Johor. Jauh jugak tempat jual keropok tu, rumah nenek aku kat Besut, keropoknye dekat Penarik sane, atau lebih, entah tak ingat :D Pastu petang tu pegi pantai lagi sambil menikmati sotong, ikan n udang celup tepung. Sah la aku gemuk naik cuti ni. Esoknya, Mak Long buat kenduri sebab Along nak pegi UniMAS. Orang Terengganu kalau buat kenduri, memang meriah. Macam satu kampung dijemputnya :D

N then, malam tu flight pukul 9 lebih. Dalam flight bukannye aku boleh tido. Tegak je seat tu -.- nak sandarkan kesian pulak pakcik kat belakang aku nih. Tak pe lah, 45 minit je kot. N then sampai KL balik rumah Pak Uda, tertdo. Esok tengahari kitorang pun balik Johor. Such a long entry :o

Inilah bahana dah lame tak post ken ken ken. Layan je la. Kalau bosan mintak maaf zahir batin *peaceNOwar ^^v* bye. Assalamualaikum. Budak tak nak balik asrama memang macam ni. Lusa tulat tu aku homesick la kot, lalalala~

the craziness of 1ab. sape lah KT dy :D


FUTURE
PAST