she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


SMKAJB :D
24 January 2012 | 1 comments
Assalamualaikum (:

First one , korang rindu tak ? Rindu tak ? Alah , cakap je la rindu *malu-malu harimau .
Psst , ini hari kelima kita cuti aww . Tak sempat-menyempat nak update segala bagai -.- Kerja sekolah tak usah cakap pun korang dah maklum kann kann ? Bertimbun , kalah Gunung Everest . Ceh ceh ceh , konon-konon nak cakap yang kerja sekolah banyak laaa tu kaann .

Kat SMKAJB , kita dalam kelas 1 Othman . Kelas ketiga . Wait , kelas ketiga ? Alah , tak de bezanya pun dengan kelas pertama a.k.a. kelas 1 Abu Bakar . Cikgu main masukkan jehh . 1 Othman ? Kita sama dengan Nur Aqilah binti Salimon , Penolong Ketua Batch Form 1 . *famous Qila :P

Kita dengan Aqilah satu sekolah aww dulu . Sama-sama 6 Mahir , sama-sama SKTSP . Kita duduk sebelah-sebelah dengan dia . 1 Othman ada 3 orang daripada SKTSP ; me , Qila and Shafiq . Lelaki bukan la sorang , but ade Umar dalam kelas 1AB .

1 Othman , tak usah cakap , lelaki dengan perempuan jaraaaaaaaaaaaaaaang sangat bercampur , Alhamdulillah (: memang ditegah okayy . tapi kan waak , tapi , 20 Januari hari tu , cikgu Wan Marini dengan cikgu Samion rombakkan kelas balik :( kita dapat 1 AB , yup , kelas first . Tapi , semua perempuan . Yes , semua perempuan . Jangan tanye kenapa . Qila dapat 1 Omar , kelas kedua dan semua perempuan jugaaaa . 1 Othman lelaki perempuan dan 1 Ali semuaaa lelaki . Tapi kan waaaaak , cikgu Wan Marini kata itu sementara jeh . Anyway , nasib baik ada Farah dalam 1 AB (:

Kita duduk kat dorm Mariatul Al-Qibtiyah ataupun short form nye , MQ . Dorm keempat belas . Although dorm tu kecik tapi kan waaaak , akak-akak dorm MQ best amat ! Kita dorm MQ katil pertama , locker pun pertama aww . Katil atas , tapi kita tak pernah tergolek lagi eh -.-

Dulu , dalam kelas 1 Othman , kita jadi AJK Bahasa Arab dengan Qila , Amir dan Afiq . Yess , kawan-kawan baru . Qila jeh bukan kawan baru . Kawan lama :D Then , masuk 1AB , kita tetap AJK Bahasa Arab . Kita berebut dengan Filzah nak jadi AJK Bahasa Arab . Last-last , kita jadi AJK Bahasa Arab dengan dia (:

Masa program Taaruf kat 1 Othman , cikgu tanye nama kita . Kita jawab la Adleen Farhana tapi cikgu  dengar Farhana je . so , ade la segelintir tu panggil kita Farhana -.- but when kita cakap nama kita Adleen Farhana , mereka-mereka mula panggil kita dengan nama Adleen . heeee (:

Kita rumah sukan Hijau . Tak ingat la Hijau ape dalam Bahasa Arab *ceh , cakap jeh AJK Bahasa Arab -.- . Kita tak terpilih pun jadi AJK Form 1 Rumah Hijau . AJK Form 1 rumah Ahdar ialah Syamim and Fatimah . *ahdar ? itu pun petik dari google translate . heee :D Nama KD kita akak Siti Nur Wafa . Eh kejap , tau tak KD tu ape ? Bukan Kris Dayanti tapi Ketua Dorm . ade lagi akak-akak form 4 and form 5 lain , Kak Zafiera , Kak Hanieeza , Kak Aqasha , Kak Puteri Sofea , Kak Umairah and Kak Ainin . Sumenyeewww baik-baik . Tak pernah buli kitaorang , Alhamdulillah :)

Kita PBSM . Kat situ tak de Pengakap and Tunas Puteri . Qila jadi AJK Form 1 PBSM dengan Iqbal 1 Omar . Kita join kelab Fotografi . Mula-mula cikgu Asmah tentukan kita masuk Persatuan Sejarah dan Geografi aww . then kita tukar . hee :D Terima kasih cikgu (: Kita join bola jaring sama dengan Qila jugaaa . kalau boleh , semua nak sama dengan Qila :D

Okayy , ni pulak kita nak cerita pasal Minggu Orientasi . penat nyeeee tak usah cakap . SubhanaAllah . Masa pembahagian kumpulan untuk persembahan majlis penutup minggu orientasi , kita satu kumpulan dengan Qila , lagi :D kitaorang kena buat persembahan iklan aw . and kita dapat satu geng dengan Qila untuk melakukan iklan Kit Kat dan yess , Qila sah-sah jadi M Nasir . Moo ha ha *gelak kejam .

Selepas persembahan tu , group kita turun dan Qila mula terkenal kerana watak M Nasir yang dibawa oleh beliau . Ececece famous :D Dan Alhamdulillah , group kitaorang dinobatkan sebagai tempat pertama . Oh My Allah Alhamdulillah (: tak sangka pun . heww hewwww . ade satu group budak laki tu bernasyid . Solo dia , masyaAllah sedap gilaaaaaaa . diorang bawa lagu Insan Bernama Kekasih - UNIC . tak tau pulak siapa yang jadi solo . heww hewwww .

Kita bangun pukul 4.30 pagi . Kalau dah terbangun tu , kejut la satu dorm MQ tu . Nasib baik waktu tu toilet tak penuh lagi aww . Paling lambat pernah kita bangun pukul 5.15 sepanjang berada kat asrama tu *tak silap . Kita satu dorm dengan Emy , Wardah , Yana , Nadira and Aqilah Aliah . Qila sebelah katil kita je . Yang Nur Aqilah binti Salimon tu dorm Habibah dengan Aliya Jamadi . kalau korang tak paham pun tak pe . Tak payah serabutkan kepala dengan benda-benda nih -.-

Lepas mandi tu terus pakai baju sekolah and then kalau sempat tidur balik . kalau jam dah tunjuk pukul 4.45 baik tak payah sambung tidur -.- pukul 5.15 kitaorang dah turun surau . solat pukul 6 . pegi sarapan pukul 6.15 pagi . 6.50 dah kena ade dalam kelas . dan perhimpunan rasmi kitaorang kena berdiri . heww hewww . start belajar dalam pukul 7 .30 kalau bukan hari Isnin . Sampai la pukul 9.50 , rehaaaaat :D perkara paling indah dalam hidup para pelajar . Siapa tak suka rehat memang alien . heeee :D lepas tu sambung belajar sampai pukul 1 . pukul 1 kosongkan kelas dan pegi makan n then pegi solat Zohor . pukul 2 sambung belajar semula dan pukul 3 habis belajar . kalau hari Isnin pukul 3.30 habis belajar . n then kalau tak de pape meeting or what what what , pukul 3 tu rehat lah sepuas-puasnya kat dorm sampai pukul 4 . tapi kadang-kadang tak sempat rehat pun , basuh baju je laa tugasnye .

then pukul 4.15 dah kena turun surau , ASAR . lepastu baca Al-Mathurat . Form 1 pun kena baca sekali ye , tidak terkecuali . then pukul 5 tu sambung la basuh baju ke , mandi ke , or setidak-tidaknya riadah . tapi kita tak pernah riadah sebab dah riadah dengan mendaki tangga aspuri setinggi 4 tingkat tu -.- mama kita kata kita dah kurus . hoho .

then , mandi dan 6.15 kita turun pegi DM . tahu tidak DM tu ape ? DM is a short form for Dewan Makan . Biasanya , 6.45 kita dah habis makan . terus pergi surau untuk solat Maghrib . never solat secara sendiri-sendiri . then , lepas habis solat Maghrib , silalah bertahan kerana ada ceramah selepas tu . kadang-kadang yang tak bestnya Ustaz Fakhrul Razi bagi ceramah Bahasa Arab . Ye , bersungguh-sungguh la kitaorang tahan daripada tidur . heww heww . then , solat Isya' secara berjemaah dan pegi prep . yepp , prep SMKAJB malam , sudaa tukar maa . prep sampai pukul 10.30 . kadang-kadang tak cukup masa tu , stay up la kat Study Room malam tu .

Pukul 11 , kitaorang ada bacaan Al-Mulk . Lights off pukul 11.30 . Tapi kitaorang semua dah lazim , dah biasa dengan perkara-perkara tuh , so , tak de yang beza . Heeee :D

Korang , sorry eh . entry kali ni panjang sangat -.- ye lah , nak lepas rindu kat sini . esok kita dah balik asrama dah . bukan macam sekolah-sekolah lain , cuti seminggu . Ye la , sekolah kitaorang mana ada Chinese . tapi Jumaat nanti kita balik sini semula , kita ambek darjah khas :D



K awak , bye . Cukup la sampai sini . Sorry kalau bosan gilaa entry nih . K , Assalamualaikum (:

1 Othman 2012 SMKAJB hebat :)

FUTURE
PAST