she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Alkisah...
07 June 2011 | 1 comments
       Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, salam 1 Filipina, salam 1 Indonesia and so on..

     Okey, awal-awal lagi saya dah meleret tak pasal-pasal. Bak kata Teacher Haslina, ''meleret-leret laa karangan ni,'' Ops , teacher. Nama teacher terpopular kat sini. :D

      Ah... I'm free! Tiada lagi kekangan belajar. Woohoo! Dah lama woo tak update blog ni. Dah bersawang, berhabuk dan berdebu habis blog ni.

      Okey, memandangkan saya tengah free sekarang ni, saya nak ceritakan sedikit sebanyak tentang kisah... minggu ini dan minggu-minggu yang sudah lalu.

       Ah! UPPM 2... bolehlaa. Percaya tak..? Pemahaman saya B? Haha terrer dalam Bahasa Melayu tapi Pemahaman dapat B? Huh... parents saya Sabor Je Lah~

       Itu baru pemahaman. Sains..? Haha yang ini nasib baik dapat A! Woohooo! Kalau tak mahunya turun kelas. T_____T

       Yang lain-lain tu, biarlah secret.

        Err.. lagi ape ye?

         Woo... hari ni baru balik dari kampung. Sampai rumah terus sambar harimau laptop. Alang-alang laptop dah okey, baik sambar dulu. Kalau tak, Mama dah conquer dulu.

          Ape lagi, melantak laa dengan Facebook yang tak beronline selama berabad-abad lamanya empat lima hari ni. 79 notification woo... itu belum kira lagi dengan friend request, dengan mesejnya.. kira popular laa jugak kan. Haha. 

          Dekat kampung, naik juling biji mata asyik menghadap novel. Nak kata nerd, ye kot. Haha. Nerd? Saya tak pakai spek. Saya tak pakai seluar atas pusat. Seluar saya tak senteng. Haha. So, I'm not a nerd.

           Balik rumah, tak tau nak buat ape selain menghabiskan masa bersama laptop yang baru baik sakit. Oh, adik saya yang dua orang paling kecik tu kena 'kuman'. Hoho what is that? Adik saya menggelar chicken pox sebagai 'kuman'. Nak sebut chicken pox tergeliat segala urat lidah adik aku.

            Dah tau ade kuman, lagi direndam dalam laut. Mana tak tergaru-garu bak monyet ade banyak kutu. -.-''

             Nasib baik saya dah kena chicken pox. Jerawat dekat dahi saya pun adik saya kata saya ade chicken pox. Itu jerawat laa. Haish..

             Chicken pox macam mana pun, kenakalan mereka tetap terserlah dan bersinar-sinar. Haha ayat.

              Muka saya nasib baik tak hangus rentung terbakar hanya disebabkan mandi kat laut. Kalau tak, buat goreng telur mata lembu mesti sedap.

               Pfft, saya dah berhenti kelas piano. Sampailaa exam besar nanti a.k.a. UPSR habis baru saya belajar balik. Yea! Tiada kekangan kelas piano lagi! Woohoo! 

                Enough until here then. Salam :)

                P/s : Tak de sebarang gambar sebab laptop baru baik. Haish..      


FUTURE
PAST