she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


The 12th Birthday a.k.a. The Best Birthday Party Ever
09 June 2011 | 0 comments
             Assalamualaikumwarahmatullah dan salam 1 err... di mana-mana sahaja anda berada sekarang.


             DSLR tak habis-habis Haishh


             28 Mei melakar sejarah buat saya. Woohoo!


         Tarikh itu... err.. senang cerita birthday party saya yang kedua belas. Haha! Dah besar panjang lebar masih ade hati nak buat birthday party? Hehe. Memang kanak-kanak Marigold. Bukan kanak-kanak Ribena ya. Saya tak suka Ribena.


          Err.. macam mane nak mulakan cerita ye?


          Okey, okey. Majlis tu sebenarnya mula pada pukul 3. Tapi memandangkan ramai kawan pergi tuisyen Mommy Deeba, jadi mereka-mereka itu datang pada pukul 3.45 laa. Tak kurang juga ade yang datang pukul 4. Siapa yang makan Cadbury, dia yang terasa kemanisannya. :P

                Tapi, 'OrangYangBerkenaan' tu dah minta maaf. Ehehe :)


                 Sambung. Yang datang paling awal ialah Aliah, Halimah, Amiratul and adik Amiratul. Oh, nama korang terfamous secara tidak sengaja kat sini. Korang patut berterima kasih kat aku. Haha.


            Ape lagi, dah datang awal, mereka-mereka itu menyerbu bilik saya tanpa rasa bersalah. Dibukaknya piano, dibeleknya segala novel. Haishh. Sabor Je Lah~


                    And then, kira-kira pukul 3.15 petang tak silap mata, eh.. maksud saya tak silap saya, dua orang lelaki yang memang tak masuk tuisyen Mommy Deeba datang iaitu Elen n Jeyhan. Sekali lagi, korang patut berterima kasih kat aku sebab nama korang terpopular dekat sini. :P


               Oh, saya pun tak masuk tuisyen Mommy Deeba. Okey, sementara tunggu yang lain-lain datang, mereka-mereka melilau ke taman. Tinggal aku sorang terkontang-kanting melayan tetamu. Haha. And then, Risha! Yeah! Risha jadi penyambut tetamu tak bergaji and tak bertauliah bersama saya. Kalau dah jumpa kawan, alamatnya gosip laa. Ape lagi. Hoho :D


                 And then, yang lain-lain tu sorry laa ye tak dinyatakan nama-nama korang kat sini. Nak sebut satu-satu? *wink wink* Haha. Sorry laa ye. Tapi korang memang besties dunia akhirat aku, Insya Allah :D


                  Haa! Dekat hujung lorong rumah saya ade satu kenduri yang besar. Sebenarnya keluarga saya dijemput. Tapi saya buat birthday party, hmm. Tiada harapan laa nak pergi.


                  Ini Aliah yang cerita kat saya.


                  Zul pergi ke kenduri tersebut. Tepi-tepi je, tak masuk terus. Tanpa rasa bersalah, malu, shy-shy, Zul terus bertanya kepada para jemputan kat situ, '' Sini ada birthday party tak?'' -.-'' Tak ade keje laa tu. Para jemputan tu terdiam lalu berkata, '' Tak ade,'' Zul pun berjalan balik ke rumah saya.


                     Okey, the kesimpulan is, kawan-kawan saya ni jenis tak takut orang. -.-'' Ade ke patut disoalnya soalan yang tak relevan dan tak munasabah tu? Haha tapi saya gelak jugak. Nak buat macam mane, yang lain-lain pun gelak.


                      Oh, kawan saya memang best! :D


                     Tiada sesi meniup lilin :P. Saya conquer kamera DSLR saya. Eh, maksud saya kamera Lumix. Adik saya mintak nak rakam video, saya tak nak kasi. Haha! Saya seorang kakak yang kejam, bukan? Jangan tiru aksi tersebut :P


                    Saya buat gaya seperti seorang photographer professional. Ceh! Bakal photographer professional maksud saya. Haha. Ambil gambar siap baring atas rumput. Hehe. Saya laa tu. Selepas tu, kami-kami ini menuju ke taman depan rumah. Zul n Jeyhan naik basikal turun bukit lalu tergolek dengan penuh bergaya dan dengan penuh kacaknya. Nasib baik tak ade orang lalu. Haha. Gelak sakan kami-kami di situ.


                    Err... Izzah Hamzah yang bertongkat sempat lagi berposing maut bak kata Fahrur. Bukan kata saya. Muahaha!


                   Lagi.. haa! Lawan main buai. Siapa lagi kalau bukan si Fatin. Kalah adik aku naik buai. Haha. Lincah betul si Fatin naik buai. Tinggi-tinggi sampailaa seorang pak cik.. err saya tak tau nama pak cik laa. Haha.


                   Disebabkan tingkah laku kami yang bising, tapi kami tak rasa pun kami bising, disebabkan tingkah laku kami yang membahayakan diri sendiri, tapi kami tak rasa pun kami membahayakan diri sendiri, kami dinasihati oleh seorang pak cik, tapi kami tak rasa kami dinasihati malah dimarahi, err.. sudah melewah. Okey okey. Straight forward. Bak kata Teacher Haslina.


                    Entah salah apa yang kami-kami buat, agaknya main buai tinggi-tinggi kot, ataupun pak cik yang jealous kepada kami, entahlaa. Haha.


                   Entah salah apa yang kami-kami buat, kami dinasihati (actually dimarahi) oleh seorang pak cik yang hensem (???). Aku sudah merapu Yeaa. Pak cik tersebut bersungguh-sungguh menasihati kami. Kami pun ape lagi, diam je laa. Tak kan nak melawan. Kami kan budak baik. Haha. Setelah pak cik tersebut beredar, kami sambung balik sambil bergosip. Tak boleh laa bagitau kami gosip pasal apa. Haha.


                    Okey, pak cik sudah terpopular kat sini. Sila berterima kasih kat saya. Oh, tak payah. Saya tak nak jumpa pak cik lagi. Haha saya kejam.


                     Err... arigato gozaimas pak cik. Nanti saya belanja pak cik aiskrim Malaysia 20 sen, okey. Rezeki jangan ditolak :D Haha. Mahunya kalau pak cik tu terdengar, mampus aku. T________T


                                Err.. kami bermain tak ingat dunia kat taman tu. Tapi at least kami ingat akhirat lagi. Sampai laa pukul 6... hmm... balik :(


                       Sebelum bersurai, ambil gambar secara besar-besaran di bawah sepohon pokok yang tak berapa nak rendang, tapi rendang laa jugak. Okey, saya sudah melewah.


                        Memories <3


                       Hadiah, tak payah laa nak cerita. Nanti mereka-mereka malu-malu dinosaur. Harap maklum.


                       Hadiah paling best... err.. tak de sesiapa yang bagi DSLR :P Haha. Okey, Risha bagi hadiah paling best. Snowball yang cute gila macam Risha. Sila ber-arigato gozaimas kat aku sebab nama kau dah glamor kat sini, Risha.


                    Best!


                    Okey, I think I need to stop. Enough until here then. Salam. :D


                     P/s : Tak boleh upload gambar sebab laptop baru baik. Uhuk!
                 
                     Pertandingan Mengarang Peringkat Negeri 30 Jun ini.


                     Kenyataan berwarna hijau ini tak penting. Sila abaikan. Arigato :)


                     The conclusion is....


                     It's The Best Party Ever We Ever Had :D
                        


FUTURE
PAST