she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


The Incredilble PBAKL
05 May 2011 | 0 comments
                Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

                Lama gila saya tak buat entri kat blog. Woohoo. Tak sempat wehh. Faham-faham je laa, darjah 6 a.k.a. UPSR 5A Candidate. Ceh!

                Banyak cerita nihh. Erm.. err.. nak cerita yang mana dulu ea? Haa.. jom kita start enjin kereta atok saya cerita! Bersedialah... saya akan menjadi seorang penglipur lara tak bertauliah. Saya kan serba boleh *Oh, perasannya :P*

                 Yep. Bulan April. Korang tau tak ade ape dengan bulan April? Yepp. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011! Gempak! Dan... saya pergi! Woohoo! Sebelum ni saya memang tak pernah pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nih. Itu sebabnye saya memang teruja + jakon dengan Pesta Buku kali nih. Harap maklum yee.

                  Pagi-pagi lagi, bangun pukul 5.30 semata-mata tak nak lambat ke PBAKL tu. Dah solat ape semua, straight forward ke PBAKL. No singgah-singgah! Tapi singgah jugak kat RnR mane entah. Semata-mata nak beli Berita Harian woo~.

                   And then, teruss sajaa ke PBAKL. Sampai-sampai je, Masya-Allah! Bas sekolah dah berderet parking. Whoaa... dahsyat sungguh! Usai memarkir kereta, kaki nihh laju je cari kedai Kak Ain. Gerai paling pink di PBAKL. Gerai paling gorgeous di PBAKL.

                    Masuk-masuk sahaja, ade seorang gadis comel lagi cantik lagi cun saya terpikat haha dengan gaun pink yang berambu-ramba menghulurkan sticker Gempak Starz dan gula-gula butterscocth *sedap hingga menjilat jari*. Oh, saya tak berapa minat sangat dengan komik. Tapi kalau dihulurkan Ikhitar Hidup, tak boleh ditolak! Ikhtiar Hidup best! Teehee.

                    Tak puas hati! Mane gerai Kak Ain nihh? Mata saya melilau-lilau tercari-cari kedai pink. Jenguk sana, jenguk sini. Macam orang tak betul *haha*. Mane? Mane?

                     Akhirnyaaaa... itu dia! Gerai pink! Woohoo! Ale, ale, ale, ale! Kaki nihh terus pecut pergi kedai pink Kak Ain. Adik, abah n mama tertinggal kat belakang. Hehe. Tak peduli sekeliling. Cepat! Cepat! Oh, macamlah gerai tu nak lari!
 
                     Yeaa! Akhirnya, sampai jugakk! Woohoo! Tangan saya nihh terus je laju mencapai sebuah novel bertajuk Cinderellah VS Rapunzelah. Tak payah belek-belek. Kak Ain dah hebohkan kat FB.

                       And then, adelaa seorang pekerja nih. Dia ternampak saya mencari-cari novel. Cepat-cepat dia promosikan novel baru, " Adik! Adik nak beli tak empat-empat novel baru ni? Nak? Kalau nak, saya ambilkan! Bla bla bla." *Saya tak ingat okey*

                        Saya angguk je laa. Pekerja tadi terus bagi empat-empat novel yang dikatakan tadi. Saya terus pergi ke kaunter pembayaran dan bayar. Oh, tibalah masa untuk mencabut Ang Pow Pink Ain Maisarah! Bismillah bismillah bismillah! Saya ambik je.. seluk-seluk sikit bahagian bawah. Okey, sekarang dah ade satu Ang Pow di tangan. Terketar-ketar saya pegang. Apakah isi di dalamnya? Apakah? Apakah? Apakah?

                        Saya bukak perlahan-lahan sambil membaca selawat. Ade sehelai kertas yang tertulis, '' Anda memenangi hadiah keychain''. Keychain? Okeylaa tu daripada tak dapat langsung. T__T

                         N then, saya terdengar seorang pelajar perempuan menjerit '' Yeaa! Saya dapat hadiah jam! Yeaa!''

                         Betapa jelesnya saya ketika itu. Jam? Whoa... meleleh air liur saya tengok dia dapat hadiah tu. Oh, sadisnya! Itu saya belum lihat lagi pemenang bertuah yang dapat peluk Sea Horse pink lagi comel lagi gebu lagi montel. Oh!

                           N then, saya menyertai barisan kadet remaja yang sedang berkawad di tengah panas beratur yang panjang. Tak panjang sangat lagi mase tu. Fuh selamat. Kalau tak, mahunye tercabut kaki nihh menjadi penunggu semata-mata untuk bertentang mata dengan Kak Ain.

                            Setelah beberapa abad minit menunggu, tibalah giliran saya untuk bertentang mata. Saya dengan seronoknya berbual-bual dengan Kak Ain. N then, Kak Izanor. Lastly, ambil gambar guna Nikon DSLR D3100  Lumix purple. Kak Ain tertarik melihat kamera saya itu. Woohoo!

                             Sudah tiba masanya saya melambaikan tangan kepada Kak Ain. Oh, sedih :( Tapi, saya sempat mintak pin 'Aku Mahu...'. Hehe. Selamba kodok je saya mintak kat pekerja tu. Tanpa rasa bersalah. Hoho :D

                              Oh, saya terpikat melihat lirikan berbaur godaan Sea Horse pink Kak Ain yang comel tu! Sea Horse itu bagaikan menjeling-jeling saya. Matanya yang bundar memang menarik perhatian! *Ini patung Sea Horse, bukan seahorse betul* Badannya yang terpusing-pusing dengan ayu itu benar-benar membuatkan keinginan saya semakin membuak-buak untuk memiliki Sea Horse itu! Tapi, apakan daya.. harapan tinggal harapan! T___________T

                              Oh... akhirnya saya mengangkat kaki dari kedai pink Kak Ain. Sesungguhnya gerai Kak Ain sungguh-sungguh pink lagi gorgeous! Woohoo! Macam rumah hari raya dihiasi dengan lampu lip-lap dan karpet bulu-bulu! Memang terasa sedang menyambut Aidilfitri ketika di sana! Hoho ;D

                               Ini belum lagi masuk kisah di gerai PTS! Oh, sesaknya! Lain kali sahajalaa ye. Lagipun ni dah malam. Minggu depan ade ujian Pra-UPPM 2. Oh, ujian ini membolehkan kita untuk terus stay di kelas yang pertama atau turun ke kelas lain. Hoho saya tak nak turun kelas. Jadi, saya kena buat betul-betul. Woohoo! Sabtu ni pulak saya ade pertandingan Sains. Woohoo! Wish me luck :)

                      Saya baru tahu bahawa ade pertandingan Menulis Surat yang mana Johan akan mendapat RM 3,000.00! Whoa! Boleh beli DSLR tu! Saya nak masuk! Nak masuk! Weehee ;D

                     
                         Ahad pulak ade Workshop English. Dapat sijil woo.. nasib baik sehari. Kalau dua tiga hari, jangan harap mama kasi pergi lagi T____T

                          Okeylaa. Enough until here then. Doakan saya dapat buatt yang terbaikk untuk ujian Pra-UPPM 2 nih. Arigato gozaimas!

                          Assalamualaikum dan selamat malam :)
   

FUTURE
PAST