she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Kisah minggu ini...
02 April 2011 | 0 comments
                   Assalamualaikum readers,  


                    Saya baru balik dari persembahan nasyid sempena Mesyuarat PIBG kat sekolah saya. Alhamdulillah... nasyid okey. Sebelum persembahan nasyid nihh, ada suatu program kat sekolah jugak. Program 'Cara-cara Menjawab Sains dan Bahasa Inggeris'. Tak lain dan tak bukan, untuk murid-murid tingkatan darjah 6.


                     Dalam ngantuknye, dalam mamainya kepala saya nih, tersengguk-sengguk saya menerima ilmu segala ilmu tu. Nasib baik tak tidur. Kalau tak, err... fikir-fikirlaa sendiri ye.


                     Okey. Saya nak bercerita tentang kisah segala kisah dalam minggu nih.


                     Khamis lepas, bersamaan 31 Mac 2011, sambutan Maulidur Rasul kat sekolah saya. Kumpulan nasyid sekolah saya kena present, buat persembahan. Punyalaa malu. Dengan mekap tebalnya.. dengan jubah hitam hasil sponsor cikgu-cikgu... lantaklaa. Nasib baik persembahan kami selamat. Fuhh... sebelum persembahan kami, mestilaa berarak kan. Kelas saya a.k.a. 6 Mahir sudah bersepakat, seia sekata, sebulat donat suara, kami mahu pakai baju putih hari ni bersempena Maulud Nabi. Lelaki pakai baju melayu putih, manakala kaum perempuan pula pakai baju putih, berkain batik dan bertudung hitam. Nasib baik kain saya tak terburai tengah jalan masa tengah berarak tuh.


                       Ade jugak segelintir daripada murid-murid 6 Mahir yang tak pakai baju putih. Nasib baik sikitt. Kami semua beria-ia nak menang perarakan nihh. Bersungguh-sungguh! Dan... hasilnya, yay! 6 Mahir menang! Wuuhuu!
Saya bersorak sampai tak ingat sekeliling. Heheheh. ^^


                      Oh ya, minggu lepas merupakan UPPM 1 sekolah agama. Sebab tu, tiada harapan nak pegang komputer. Cukuplaa setakat ini sahaja. Kalau nak bercerita, alamatnya tahun depan tak akan habis lagihh. Kui kui. Papaii! 
 

FUTURE
PAST