she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


1001 kenangan terindah di kem ^^
01 March 2011 | 1 comments
            Assalamualaikum dan salam 1 Singapore Malaysia,

            Wah wah wah... apa kes ni tiba-tiba saya muncul balik? Sebelum apa-apa, taraa! Saya dah muncul kembali! Bling bling.

            Saya sibuk sikit sepanjang 2 3 minggu selama ni. Darjah 6 kan... then, sibuk dengan kem lagi tapi, jangan main-main! Kem tu... fuhh! Best sangat!! Two thumbs up! 

             Don't play-play with me! Heheh... ok. Kem tu memang best, gempak dan akan menjadi kenangan sepanjang zaman!

             Saya dengan 65 orang lagi murid yang majoritinya murid-murid tahun 6 mengikuti kem ni. Adalah jugak sikit-sikit budak darjah 5.

             Dan macam biasa.. kem kenalah berpisah. Huhu!  

              Separate dari kawan-kawan sekepala sebab berpisah group! ==''. Hari pertama, 25 Feb~ Best sangat! Malam-malam.. solo night! Tak berapa seram tapi seramlaa jugak kan. Yelaa, hati saya ni ketot je. Tak de lah sebesar mane. Ngeh ngeh ngeh.

              Alhamdulillah... tak de ape-ape yang tak diingini berlaku. Hari kedua, 26 Feb. Pukul 5.30 pagi, dah kena ada kat surau! Kalau tak... denda! Kesian... isk isk!

              Hari kedua, macam-macam aktiviti dibuat. Apa keistimewaan sebatang lilin... dan macam-macam lagi! Nasib baik otak saya ni kreatif sikit. Keh keh keh.

              Malamnya... malam penghayatan. Kisah tentang ibu~ abang fasi tunjuk sebuah vidoe ni. Ohh... ngerinya! Saya tak sanggup nak lihat.

                 Jangan cakap saya tak menangis. Saya menangis tak berbunyi. Tersedu-sedu je. Tapii... sedih woo! Isk isk...

                  Esoknya, hari ketiga a.k.a. 27 Feb, hari terakhir. Chicken dance awal-awal pagi lagi. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Fuhh... then, sesi mencari harta karun.  

                    Agagagaga. Harta karunnya ialah... sehelai kertas bertulis nasihat! Ye! Saya anggap kertas yang berisi nasihat itu sangat berharga.

                     Dan... dome perempuan yang B dicerobohi oleh semut-semut jahanam. Hahahah! Nasib baikkkk saya dome A. Muahahahaha.

                      Ehem... tak baik tau! Haishh... dan sesi penutup. Peserta terbaik lelaki jatuh kepada... Jeyhan. Yep. Classmate saya tahun ni. Dan peserta terbaik perempuan ialah... Adleen Farhana. Ehem... ehem.

                      Haaa... yep. Really me. Jangan terkejut yaa... huhu. Kumpulan saya memenangi kumpulan paling INOVATIF. Huhuhu. Best jugak tu~~

                      Dan... sesi meminta autograf nama Facebook. Time ni... jangan kata bising, tapi kecoh! Hadoii... eh! Saya tak ketinggalan sama untuk menyibukkan diri dalam mengenal pasti nama Facebook abang-abang dan kakak-kakak fasi yang baik hati belaka! Puji sikit...

                      Dan... bersurai. Huhuhuhuhuhu~
                      Tak nak berpisah! Tak nak berjauhan! Isk isk...

                      Apakan dayaku.... takdir. Ceh! Jiwangnyaa ayat~

                      Anyway, harapnya dapat berjumpa lagi dengan abang-abang dan kakak-kakak fasi sekalian yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung!

                      Oh ya... lagu tema kem ini ialah ... Standing in the eyes of the world~ Ella ratu rock!

                      Besy! Noted! Sampai sini sahaja ye. Haish... nak ujian tapi masih boleh lagi terjah blog. Dahsyat.

                     Best kan? Hehe! Okey!

                     1001 kenangan dicipta di kem ini! Love it so much. :D



FUTURE
PAST