she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


UPSR Candidates 2011, seksa tak?
01 February 2011 | 0 comments
           Assalamualaikum dan hai hai semua.

           Dari mana entah tiba-tiba dapat idea nak tulis entri macam neh.

           Huh.. jadual saya sebagai seorang UPSR candidates 2011 neh, padat, full dan terisi! Fuhh.

           Setiap pagi kena bangun pukul 6 pagi. Setiap pagi kena mandi air sejuk hingga sejuknya sampai ke tulang betis. Eh.. segala tulang. Bukan setakat tulang betis je.

           Then, pergi sekolah pukul 6.30. Ini belum dikira dengan lambatnya si adik tu. Pagi-pagi dah tercari-cari stokin dia. Haish... siapalah yang teringin nak curi hatta nak ambik stokin 'wangi' dia tu? Huh.

            Dalam terpisat-pisat lagi, dalam mamai-mamai lagi, dalam terkebil-kebil mata lagi, pagi-pagi dah ada latihan Math-laa, Science-laa, dan segala bagai exercise lagi.

            Adehh... nasib baik tak pernah datang lewat. Kalau tak, mahunya kena maki hamun nanti. Huahuahua. T__T

            Balik jangan harap dapat berdating dengan lappy hatta komputer sekali pun. Balik je kena terus siapkan kerja. Malam nanti nak siapkan? Huh. Alamatnya esok kau kena denda, Adleen.

             Then, sekolah lagi. Yang neh Sekolah Agama. Sekolah Agama biasanya tak banyak homework. Tak macam Sekolah Kebangsaan. Berlambak homework. Huahua.

              Habis Sekolah Agama, jangan mimpi nak duduk menghadap TV hatta lappy sekali pun. Tuisyen wehh. Fuhh. Sampai pukul 10 tuisyen. Ngeh ngeh. Balik dari tuisyen, terus solat Isyak.

              Habis solat Isyak, tarik selimut. Berkubang dalam selimut. Perkara paling best di alam semesta. Tu yang tak sempat nak tulis diari, nak menghadap lappy, nak menengok TV. Huh. Jangan harap kau dapat buat semua tu, Adleen.

               Seksa tak kehidupan sebagai UPSR candidates? Huahuahua. T__T

               Bagi sesiapa yang tak pernah rasa, diharapkan anda sudah bersedia mental dan fizikal. Ngeh ngeh. Mahunya stresss nanti.

               Bosan tak entri neh? Wink wink.

               Sekian,

Ohh.. hibanya. T__T

FUTURE
PAST