she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Bebelan saya :D
30 January 2011 | 0 comments
      Bismillah...

      Sebelum apa-apa, izinkan saya bersorak dengan terujanya, Yey! Yey! Yey! Yey! Yey! Yey! Yey! Yey! Yey! Yey! Oppsss.. sudah-sudah. Mahunya tak ada suara nanti.

      Akhirnya, setelah SEBULAN tidak menghadap laptop kesayangan, setelah SEBULAN tidak menaip.. akhirnya! Aku sudah bebas! I'm flying.... aduh! Jatuh terjelepok ke tanah. Tak ada wings. Tak ada air balloon. Sebabtu jatuh dengan senang hatinya.

      Ooh... akhirnya.. diriku bukan lagi tahanan. Tahanan ibu bapa. Whee... dapat bersuka-suki main lappy seminggu ni. Maklumlah, cuti tahun baru cina. Setiap hari, cuba-cuba gatalkan tangan nak 'mencuri' broadband, tapi... hah! Ambik kau, Leen. Dapat pulak nak main lappy waktu sekolah.. :P

     Dan sekarang, sudah terbukti bahawasanya.. Adleen Farhana sudah BERKUASA semula untuk mencuri pakai broadband. Ooh.. mari sini broadband ketot. Aku nak peluk kau ketat-ketat. Muahahaha >:D Kejam atau zalim? Hahah!

     Ooh... bahagianya! Tidak terkata. Whee... dapat menghadap lappy kesayangan 24 jam tanpa henti. Sanggup bersengkang mata hanya kerana hendak membebel di blog. Wahai blog.. sudi-sudilah kau menjadi 'Dear Yayah' yang sudi mendengar bebelan aku yang entah apa-apa, ya! Trimas..trimas.

     Okey, kita mulakan adegan serius sekarang. Sekolah... naik darjah 6.. *garu kepala. Best? Tak adalah best sangat. Tak best? Bestlah jugak. Huhh. Tak tahu apa perasaan kalau bercerita tentang sekolah. Oohh.. sesungguhnya saya ialah seorang manusia yang tiada perasaan. Isk.. Kesian! Tolong.. tolong. sedekahkan sikit 'perasaan' anda kepada makcik yang suka membebel ni. Terima kasih terima kasih :D

      Sekolah.. yeah! Alhamdulillah.. dah lepas perang dunia ketiga iaitu menempuh segala bagai dugaan dan cabaran dan rintangan untuk mencapai kecemerlangan. Ahh.. aku dah merepek tak tentu pasal. *garu hidung.

      Okey, ujian Post-mortem dah habis. Merdeka! Merdeka! Jom.. kita kibarkan bendera Malaysia sambil menyanyi lagu tanggal 31! Jom, jom. *Saya sedang mengibarkan bendera. Haha.

      Alhamdulillah... Sains dapat.. jeng jeng jeng. Saya dapat 92. Ohh... *terkelip-kelip mata. Para bloggers sekalian, sila berikan tepukan paling gemuruh untuk saya kerana saya mendapat 92 untuk ujian Sains. *Pap..pap. Ohh.. perasannyaa. :P. Sudah-sudahler merepek Adleen.. Haish!

      Err... apa lagi yaa? Erm.. hah! Matematik darjah 6.. memang gempak! Berjaya membuatkan urat otak berselirat, tersimpul mati. Dengan kata lain, susah! Ooh... cabaran Matematik. *Malu-malu. Malu nak bagitau markah Matematik untuk Post-mortem yang lepas. Whee.. nak tahu? Nak? Nak? Soal selidik sayalah! Muahaha! Apa-apa je lah. 85. Fine. :P. Fuhh.. itu selamat lagi. Kalau dapat B, mahunya leher ni senget sebab kena cekik dengan cikgu tuisyen. Fuh. Selamat. Whee..

     Dalam banyak-banyak markah, BM-lah yang paling teruk. Ish.. 83. Muahaha! Bahasa ibunda pun tak tahu. Apa daa.. peh. Nasib baik tak kena cekik dengan cikgu. Selamat-selamat.

     Err.. *garu dahi. Apa lagi yaa? Haaaa.. sini je lah kot. Cukup-cukuplah membebel makcik. Babaii! :D


FUTURE
PAST