she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Terciptalah sebuah kisah...
24 December 2010 | 0 comments
          Bismillah....

            Alhamdulillah...Alhamdulillah.. all praises to Allah.. eh! Merepek je kerja aku ni. Ish... hmm. Itulah saya! Merepek saya bertempat. Di blog sahajalah. Penangan lagu Maher Zain. Heheh. :D

          Hmm... kali ni saya nak kongsikan entri tentang seseorang yang suka bermain piano. Nak tahu siapa? Jom. Baca entri ni sampai khatam.

>>> Nama penuhnya Adleen Farhana binti Muhd Fauzi. Kebanyakan kawan-kawannya panggil dia dengan panggilan Lin atau Elin. Hmm... kawan-kawan. ==''.


>>> Pada tarikh 12 Mei 1999, ada satu baby keluar dari Mamanya. Sudah tentu baby tersebut akan menangis. Takkan nak ketawa sambil berkata-kata!


>>> Budak ni dilahirkan cukup sifat. Telinga ada, mata ada. Senang kata, semua ada. Cuma pada umurnya 3 atau 4 tahun, dia telah menjalani suatu pembedahan. Pembedahan disebabkan usus besarnya terturun. Anda semua tak payah meraung ngeri. Itulah hakikatnya.


>>> Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Sekarang budak tu dah tak pakai pampers. Dah tak menghisap botol susu lagi. Sekarang ni, budak tu dah besar panjang. Dah pandai pakai baju sendiri. Dulu, sibuk menggendong Teddy Bear ke sana ke mari. Sekarang, dah tak.


>>> Bila dah besar panjang, dah matang. Dah pandai baca buku. Dah tak suka merengek. ==''.


>>> Tapi, jalan hidup budak ni sudah ditakdirkan. Budak ni akan berpisah dengan kawan-kawannya pada umur 11 tahun. Kawan rapat tu!


>>> Tahun depan, dia akan ambil UPSR. Mula berjinak-jinak dengan Facebook ketika bulan April 2010. Budak ni suka menyakat kawan-kawannya. Tapi, bertempatlah.


>>> Dikurniakan dengan bakat terpendam, bakat bermain piano. Walhal budak ni tak tahu pun dirinya ada bakat untuk bermain piano.


>>> Budak ni suka dengan warna merah, hitam dan putih. Kenapa budak ni tak suka warna-warna yang lembut, tak ada jawapan yang pasti.


>>> Otak bukan sehebat otak Ibnu Sina. Dalam diri ada banyak yang hendak dicakapkan, tapi dia rasa tak perlu. Budak ni layak dilabelkan sebagai budak yang AGAK pendiam, tapi tak delah pendiam mana. ==''.


>>> Punya hasrat ingin menjejakkan kedua-dua telapak kaki ke Tanah Suci Mekah, tetapi budak ni tahu dia tak mampu. Tak apalah. Tunggu ketika umurnya sudah meningkat nanti.


>>> Budak ni suka lagu Maher Zain dan Taylor Swift. Budak ni suka menulis, suka membaca dan bermain piano.


>>> Budak ni jugak teringin jadi novelis tapi itu untuk bila dah besar-besar. Untuk sekarang, budak ni berhasrat nak fokus untuk tiga peperiksaan besar dalam hidupnya iaitu UPSR, SPM dan PMR.

        Hah... itulah serba sedikit tentang diri saya. Harap anda tak tertanya-tanya lagi siapa saya ni. Alien dari Planet Marikh ke, alien dari Planet Pluto ke. Itu semua tanggapan yang SALAH! Saya ni manusia biasa.

            p/s : Nak gambar? Hmm... sekejap ya. Sekejap. Fikir dulu. Nantilah ya. :)

         

FUTURE
PAST