she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


5 Best!
20 December 2010 | 0 comments
           Bismillah...

          Bersemangat nak kongsi entri hari ni. *kembang-kempis hidung. Okey, lihat pada tajuk. 5 Best. Apa tu 5 Best? 5 Best ialah kelas saya pada tahun 2010, tahun yang paling seronok! ^_^ Hmm... nak kongsi gambar? Rasanya... nanti pun boleh, kan? Sebab malas nak kongsi sekarang. :P

         5 Best adalah singkatan untuk 5 Bestari. Erm.. pelajar 5 Best ni hanya 39 orang sahaja. Sikit saja. Tak adalah ramai sangat. Tapi, itulah yang menyebabkan kelas kami ni best! Kalah menang sama-sama. Gelak ketawa sama-sama. Tapi, malangnya, 14 orang terkeluar dari 5 Best untuk tahun 2011. Huu... hati ni gelap terus bila tahu ada kawan yang keluar. :(

         Kita merancang, Allah menentukan. Segala memori di 5 Best tak dapat dilupakan. Bela berudu di makmal sains, kenangan terhebat! ==''. Buat pizza terlebih bakar, sedap! Bukan hangus. Lagi... kenangan belajar Bahasa Melayu dengan cikgu kesayangan, Cikgu Noridah. Siapa salah soalan nombor 30 hingga 40, hulur tangan! Ahaha. Jangan kata saya tak pernah kena.

        Lagi... banyak memori dan banyak kenangan! Huuu.. tak dapat bayangkan macam mana bila berpisah. *merenung langit sambil berfikir. Hmm... semua membawa haluan masing-masing.

            Hmm.. kenangan diejek dengan panggilan tersendiri. Panggilan saya ialah... rahsia! :P

        Kenangan dengan cikgu-cikgu yang mendidik. Kenangan menang petandingan Kelas Berdisiplin. Huu... =\

        Argh! Susah! Susah! Susah! Susah nak lepaskan semua tu! ><

        *Adleen Farhana sudah berdrama. ==''


           p/s : antara gambar 5 Bestari yang saya ada. 
        

         Nak melayan diri sendiri. Nak peluk gambar 5 Bestari kuat-kuat. Nak tengok gambar 5 Bestari betul-betul. :(



              Untuk mereka....



Hmmm... *mengeluh. Kenangan. :\

FUTURE
PAST