she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


5 Best Part 4!
25 December 2010 | 1 comments
               Bismillah...

                 Haa! Kembali lagi kita dalam rancangan Masak-masak! Eh, rancangan masak-masak mana pulak yang tetiba masuk entri ni? Popular sungguh! Isk...

             Okey, kita kembali serius. Mari! Mari! Ambil tauge-- eh! Merepek lagi. Tauge mana pulak aku masukkan ni. Ish...

             Kita akan meneruskan perbincangan kita tanpa sebarang bantahan atau tohmahan. Isk! Pandai pulak bina ayat. Se-ke-ma. Skema sungguh!

             Straight to the point! Lihat betul-betul pada tajuk, 5 Best Part 4! Haa.. khatamkanlah ya entri kali ni. Heheh.

             5 Bestari. Kenangan terindah saya! Semua murid-muridnya sporting! Makmal sains adalah tempat belajar kami. Kami sudah 'chop' makmal sains dulu, jadi... kelas lain tak dapat masuk makmal sains! Hahaha! Kejamkan kita orang ni? Eh! Tak de. Dah tak ada kelas, duduk je lah di makmal sains. Arahan cikgu, tak baik dibantah. Heheh.

            Pernah suatu ketika, makmal sains yang telah diamanahkan kepada kami semua telah banjir. Banjir sebab apa? Banjir sebab air gas. Al-maklumlah, jamuan kan.. semua kecoh. Tidak terkecuali saya. Heheh. Kami semua ambil penyapu, capai mop, angkut baldi berisi air. Bersungguh-sungguh kami keringkan balik makmal sains!

           5 Bestari, hmm... Ada jugak, masa tu kelas kami telah memenangi Kelas Berdisiplin dan Berhemah Tinggi. Walhal kelas kami yang paling bising. Heheh.


                p/s : Maaf kepada mereka-mereka yang gambarnya tidak kelihatan. Maaf beribu kali maaf.

p/s : Teka-teki! Mana saya? Muahahaha! Carilah sendiri.

                 
                Hmm... banyak jamuan yang kami adakan. Tapi tak adalah setiap hari. ==''. Inilah antaranya ahli-ahli yang memeriahkan 5 Bestari! Dari kiri... hmm.. tak payah lah. Susah susah je. :P

              Hah! Memang best duduk dalam makmal sains ni. Kami telah menjahanamkan makmal sains ini. Backgorund dalam gambar tu adalah makmal sains yang selalu saya ceritakan. Ya! 1 Oktober 2010. Itu tarikh jamuan Hari Raya sekolah kami, SKTSP.

             Guru kelas kami yang sebenarnya dikendalikan oleh Cikgu Noridah binti Othman. Beliau adalah guru yang mengajar kami Bahasa Melayu.

             Tetapi, pada tarikh 1 Oktober ni, Cikgu Noridah tidak dapat ikut serta kerana kengkangan masalah. Jadi, Ustaz Herman telah mengendalikan kelas kami pada hari tersebut. Ustaz Herman ialah ustaz yang mengajar Pendidikan Islam untuk kelas 5 Bestari. :)




                          Argh! Susahnya nak lepaskan smeua kenangan-kenangan tu! Perit, susah dan segala macam keperitan! Sedih sungguh! Sadis sungguh!

                  Huu... apa nak buat, terima sahajalah. Takdir. Mungkin itu adalah yang terbaik untuk kami. =\ * mengeluh.

                 Hakikatnya, susah, terlalu susah , tersangat susah nak lepaskan semua kenangan tu semudah 1, 2, 3. Argh! >< Perkara yang sangat dibenci dalam hidup~ Berpisah.

                 Tapi, perkataan berpisah itu telah wujud tanpa sebarang halangan di dalam kamus hidup saya. ==''. Adeh.. pening kepala! Argh! Argh! Sakit jiwa. Argh! Lemah jantung. Woo... bahaya tu! Isk!

                  Huh... janganlah perkataan ngeri tu datang bertandang tanpa dijemput lagi ke dalam kamus Dewan hidup saya. Amin. Walaupun di muka surat yang ke-berapa pun, jangan sesekali kau datang, perkataan BERPISAH! Kalau kau berani-berani datang, aku karate hang! Ceh ceh. Walhal taekwando pun tak pernah masuk. Apatah lagi karate. :P

                   Apa-apa je lah. Yang penting, perkataan BERPISAH tak boleh ada dalam kamus Dewan edisi saya.

                  Eh! Kejap-kejap. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Ungkapan yang menyakitkan jiwa raga. Argh! ><

                  Sudahlah, Adleen Farhana. Nanti saya jadi tak waras, lagi susah. Hmm... =\ =\ kenangan di 5 Bestari. Bak kata orang, kenangan termanis seperti coklat Cadbury! Muahahaha! *capai coklat Cadbury! >:D

                  Tak habis-habis mengunyah. Hmm.. =\ apa-apa je lah. Mengeluh sambil mengunyah Cadbury dan teringat kenangan di 5 Bestari. Kenangan, sentiasalah bermain di fikiranku. :) 

                  I will never ever forget you, 5 Best! :D


Tak akan lupa! :)
   

FUTURE
PAST