she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


5 Best Part 3!
24 December 2010 | 0 comments
           Bismillah...

             Entri kali ni mengisahkan tentang cerita seorang mak cik.. eh! Mak cik mana pulak yang tiba-tiba glamor masuk dalam entri saya ni?! Huh. Saya memang. Merepek memang tak reti bertempat. ==''. Anda semua jangan jadi macam saya.

           Okey, kita serius. * hentak meja guna tukul hakim. Ish.. saya merepek semula. Huh..

           Seperti yang termaktub dalam entri sebelum ni, (sila cek entri tentang '5 Best Part 2' di bawah) saya akan kongsikan serba-sedikit tentang kisah-kisah pelajar 5 Best. Dengan senang hatinya, dengan sukarelanya.

            Saya ceritakan mengikut turutan nombor di dalam kelas. Saya tak nak tulis nama ayah mereka supaya anda kekal tertanya-tanya. Kejamkan saya ni? ==''. Saya cuma tulis tentang pelajar perempuan sahaja kerana mereka lebih rapat dengan saya.

             Kalau anda tak faham, pandai-pandai anda sendirilah. Jika saya menggunakan bahasa Cina, lagilah anda tak akan faham melainkan anda bersekolah di sekolah Cina.

            Nanti dahulu. Macam mana saya tahu turutan nombor kelas? Soalan itu tak payah ada jawapan. *sekali lagi saya bersikap kejam.

            Jika di dalam kelas, pelajar perempuan pertama ialah saya. Jadi saya perlu ke perkenalkan diri lagi? Hmm... mari kita lihat.

            p/s : saya sengaja tak letak nombor biar anda semua kira sendiri. :P

>>> Adleen Farhana
           12 Mei
       Seorang yang sedikit pendiam, dilahirkan dengan ketinggian yang cukup tinggi, suka menyakat kawan-kawannya, seorang yang suka membaca novel dan suka kepada Bahasa Melayu.

>>> Amiratul Huda
       5 Ogos
       Seorang yang bijak, pandai mengambil hati kawan, suka ketawa, suka membaca buku-buku yang mengisarkan tentang Islam dan suka tersenyum.

>>> Anis Sofiya
       19 April
        Tidak boleh menafikan lagi bahawa dia adalah seorang yang comel! Suka membawa bekalan ke sekolah, seorang yang suka tersenyum dan juga Anis suka ketawa!

>>> Eilya Batrisyia Ixora
       25 Disember
       Seorang yang agak pendiam, sering tersenyum, suka ketawa, selalu datang awal ke sekolah dan memakai cermin mata. :)

>>> Fatin Nabilah
         17 Mac
        Seorang yang tenang pada masalah, sentiasa tersenyum, suka ketawa, suka menyakat orang, sporting dan senang dibawa bicara.

>>> Halimah
       20 November
       Seorang yang comel loteh orangnya, putih melepak kulitnya, suka menyakat kawan, senyuman tak lekang dari bibirnya dan apabila Halimah ketawa, memang comel suaranya!

>>> Khadijah
       Saya bukan kawan yang baik sebab saya tak tahu tarikh lahirnya. ==''.
       Seorang yang pendiam, mempunyai senyuman yang manis, selamba dan pandai melukis! Tugu Negara telah dilukis oleh Khadijah dengan jayanya! :)

>>> Khayrin Ilyana
       16 April
       Seorang yang suka ketawa, murah dengan senyuman, seorang yang rajin dan pandai mengambil hati kawan. :D

>>> Nik Nur Anisa
           29 November
        Merupakan anak kelahiran Kelantan, dengan kurniaan kulit yang hitam manis, senyuman yang cantik dan suka ketawa.

>>>Noor Aina Syuhadah
      20 November
      Aina merupakan seorang yang kecil-kecil cili padi orangnya, murah dengan senyuman. Kami berkawan kerana sebuah senyuman! Pandai bermain piano, suka ketawa dan seorang pendengar setia. :)

>>> Nor Syafira
       17 Mei
           Mempunyai kulit yang hitam manis dan pemalu, suka ketawa, seorang yang cukup tabah dan memahami.


>>> Nur Aliah
       19 November
       Anak tunggal di dalam keluarga. Seorang yang suka menyakat tapi bertempat, tersenyum sepanjang masa, sentiasa faham akan diri saya, suka ketawa dan Aliah merupakan sahabat karib saya ketika susah dan senang! Best friends! ^_^

>>> Nur Aqilah Aliah
       14 November
        Aqilah mempunyai senyuman yang ada lesung pipit, suka ketawa, suka menyakat kawan-kawannya, pandai membuat lawak. Itu yang saya suka!

>>> Nur Arissa Raihana
       1 Jun
       Pendiam, minat kepada Bahasa Melayu, suka menyakat kawan, senyuman tak pernah lekang dari bibir dan suka ketawa. Selamba! :)

>>> Nur Maisarah
         Tarikh lahir Mai saya tak ingat. ==''. Rakan yang tak bertanggungjawab!
            Panggilan pendek, Mai. Suka minta tolong saya, suka ketawa, suka menyakat kawan-kawan.

>>> Nur Najihah
       19 Febuari
       Mesra dengan panggilan Jiha. Mempunyai senyuman yang manis, suka ketawa, suka menyakat tetapi bertempat. Senang dibawa bicara. Selalu beri kata-kata positif kepada saya. :)

>>> Nurul Amira
         16 Mac
        Seorang yang peramah, sentiasa tersenyum, suka ketawa, tenang apabila menghadapi masalah. :D

>>> Nurul Asyiqin
       20 Mei
       Seorang yang peramah, suka bertanya, sentiasa releks ketika menghadapi masalah dan sentiasa tersenyum!

>>> Nurul Izzah H ( singkatan sahaja )
        5 Mei
       Seorang yang suka bertanya, peramah, sentiasa tersenyum, seorang yang selamba, seorang yang tabah dan suka ketawa!

>>> Nurul Izzah A ( singkatan sahaja )
       4 Mei
       Izzah merupakan seorang pengawas sekolah di SKTSP, tak pernah mengalah kepada masalah, sentiasa tersenyum dan faham akan diri saya!

>>> Nurul Shazleen Natasha
       13 April
       Seorang yang peramah, murah dengan senyuman, jika kena marah, senyum jugak! Suka membuat lawak, suka ketawa dan suka melipat tudungnya dengan bulat! Kelihatan sangat comel! :)

>>> Risha Zulaikha
        29 September
        Seorang yang kuat bertanya, kuat menyakat, suka tersenyum, selamba, pandai mengambil hati kawan. Merupakan seorang yang comel dengan pipinya yang tembam!

>>> Siti Hajar Nur'Aesya Natry
       Saya tak tahu tarikh lahirnya. Ish... apalah saya ni!
            Seorang yang suka ketawa, sentiasa tersenyum, merupakan murid biasa dan tabah menghadapi masalah. Saya tabik!

          
         Ah! Sedap sikit badan dah selesai menyenaraikan nama-nama pelakar perempuan 5 Best. Harapnya anda semua tak ambil bantal. Maksudnya, anda mengantuk hingga menguap besar berkali-kali!
 
        Okey. Sampai sini sahaja. Ikuti kesinambungannya di dalam entri 5 BEST PART 4. :)

p/s : seronok dapat menyenaraikan kawan sambil mengingati muka dia orang! :D Seronok seronok. Nak kunyah Oreo sebab seronok! Terlebih panjang pulak entri kali ni. ==''

FUTURE
PAST