she colours sketchbook home follow

josei-chan
A 15 years old typewriter. Love writing, reading, drawing and typing. A big fan of Hlovate. Jazakillah.


koko de hanasu


okina hakushu
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


5 Best Part 2!
23 December 2010 | 0 comments
           Bismillah...

            Alhamdulillah! Kelas piano tak kena marah. :D Heheh.

           Tadi, Mama dah beli buku tulis untuk sekolah kebangsaan. Dapat-dapat je, terus sambar. Terus ambil pen biru. Terus tulis. Tapi... cuma tulis kelas je. Maklumlah, rindukan 5 Bestari.

           Seperti yang diketahui, di entrientri yang terdahulu ada kisah tentang 5 Best. Jadi, mungkin saya tak payah terangkan semula di sini, kan? Tapi, tak apa. Disebabkan saya ada sikap berperikemanusiaan ( :P eleh ), saya terangkan apa maksud 5 Best tu. 5 Best tu ialah singkatan untuk 5 Bestari, iaitu kelas saya di SKTSP pada tahun 2010. Faham? ==''

            Berbalik kepada tajuk kita, tadi, saya tulislah nama kelas saya pada tahun depan, yakni tahun 2011. Dan masa tu jugalah, memori-memori di 5 Bestari datang. Huu... rindu.

            Kan bagus kalau boleh tulis 5 Bestari semula. Putar-putarkan masa. Ah! Bukan ke itu semua nikmat kalau masa ni boleh diputar-putar? Boleh dipusing-pusing mengikut waktu yang kita nak? Best tu..

            Hmm... nak je tangan ni gatal tulis 5 Bestari kat buku tu. Huh. Itu bahaya. Umur dah 12 tahun, dah besar panjang tapi masih berada di darjah 5? Eh! Boleh, boleh! :P

            Seperti biasa, UPSR dalam kepala. Saya yakin 100 peratus, gerentii semua murid yang akan mengambil UPSR tergigil-gigil tangan. Terketap-ketap gigi. Sejuk macam ais satu badan. Silap hari bulan, lari pecut keluar dewan peperiksaan sambil meraung, '' Mak! Tak nak ambik UPSR! ''

             Isk.. insya-Allah saya akan menjadi salah seorang daripadanya. Tapi, saya berjanji saya tak akan lari pecut keluar dewan dan meraung itu semua. ==''. Tak pasal-pasal saya boleh dicap sebagai gila. Isk... tak nak! Tak nak! Tak nak! -.-.

           Huh! Jalan hidup saya sudah ditakdirkan macam ni. Ditakdirkan berpisah dengan 5 Bestari yang seronok pada umur 12 tahun. Alaa.. tak apa. Untuk kebaikan jugak. =\

           Senang kata, jalan hidup yang bengkang-bengkok! Banyak lubang, banyak halangan. Huu.. lalui je lah. Redah je lah.

           Nak kongsi ke tak tentang panggilan-panggilan ketika di 5 Bestari. Hmm.. rasanya tak payah pun tak apa, kan? Nak kongsi ke tentang keletah diaorang? Hmm... dalam post lagi satu! :D

           Dengan semangat yang membara, outt. Tunggu post yang seterusnya!



           

FUTURE
PAST